Lelaki menyamar anggota polis ditahan

Motosikal dan vest yang dirampas.
Motosikal dan vest yang dirampas.
A
A
A

AMPANG - Tindakan seorang pekerja buruh binaan menyamar sebagai anggota polis mengundang padah apabila dia ditahan di Pandan Cahaya di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, dalam kejadian jam 1.45 pagi itu, pihaknya menahan seorang lelaki yang menunggang sebuah motosikal serta memakai vest tertera tulisan polis.

"Semasa ditahan suspek berusia 27 tahun itu gagal menunjukkan kad kuasa polis dan gagal memberikan alasan yang munasabah dia memakai vest polis.

"Suspek telah ditahan kerana disyaki menyamar sebagai anggota polis," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Mohd Azam
Mohd Azam

Mohd Azam berkata, pihaknya turut merampas sebuah motosikal, anak kunci, satu vest dan sekeping kad pengenalan.

"Hasil ujian air kencing ke atas suspek mendapati dia negatif dadah dan semakan lanjut tiada rekod lampau.

"Suspek telah direman empat hari bermula Isnin hingga Khamis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan merujuk kepada menyamar penjawat awam dan Seksyen 89 Akta Polis 1967 merujuk kepada memiliki secara haram peralatan yang dibekalkan kepada pegawai polis," katanya.

Artikel Berkaitan: