Saya akan heret orang tu: Rita Rudaini cari keadilan

No Image Caption
A
A
A

KEHILANGAN kucing kesayangan pelakon Rita Rudaini terus menjadi misi buruannya.

Awal Januari 2019, haiwan peliharaannya yang diberi nama Pekan itu dipercayai hilang ketika di bawah jagaan seorang kenalan di Semenyih.

Susulan itu, Rita memuat naik status panjang lebar di akaun Instagram miliknya.

Rita, berkata, dia akan buat apa sahaja demi Pekan dan semoga ceritanya ini dapat dijadikan pengajaran kepada pemilik kucing lain.

Pelakon, Rita Rudaini
Pelakon, Rita Rudaini

"Step by step saya akan buat, kes dah jadi kes polis. Tak jujur dan tak amanah. Saya akan buat apa sahaja. Mungkin boleh bantu masalah orang lain juga yang ada masalah macam saya.

"Saya akan heret orang itu kalau didapati bersalah. Saya akan cari keadilan untuk kucing-kucing lain kalau betul ada sindiket.

"Saya boleh terima kalau orang bercakap jujur dan mohon maaf. Tapi saya tak boleh terima pembohongan, wayang. Bagi saya satu sahaja, penipuan, dah bunuh semua kebaikan. Orang yang menipu sekali adakah dia boleh dipercayai lagi seterusnya?," luahnya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Rita memaklumkan kepada yang sudah terambil sila pulangkan.

"Saya cuma akan ambil tidakkan kepada yang memberinya sahaja. Tapi kalau bersubahat bersama, saya janji akan heret sekali.

"Mungkin lepas ni saya akan viralkan pula orang yang meminjam Pekan? Doakan saya masih 'memberi ruang dan peluang' lagi," akhirinya.