Agong berangkat ke Majlis Tayangan Perdana Pendekar Awang Darah Indera Gajah

Al-Sultan Abdullah berkenan berangkat ke Majlis Tayangan Perdana Filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah di Putrajaya hari ini. Foto Bernama
Al-Sultan Abdullah berkenan berangkat ke Majlis Tayangan Perdana Filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah di Putrajaya hari ini. Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah malam ini berkenan berangkat ke Majlis Tayangan Perdana Pendekar Awang Darah Indera Gajah di pawagam GSC, IOI City Mall di sini.

Seri Paduka, yang diiringi Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Pengerusi Eksekutif serta Penerbit Studio Kembara Sdn Bhd, Abdul Rahman Mt Dali, meluangkan masa hampir dua jam menonton filem itu bersama barisan pelakon antaranya Fattah Amin, Nur Fazura Sharifuddin dan Nur Heliza Helmi.

Abdul Rahman pula menjunjung kasih di atas sudi perkenan Seri Paduka berangkat menyaksikan tayangan perdana sekuel filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu, yang juga diterbitkan oleh beliau.

"Sambil berhibur, diharap filem ini mampu meningkatkan rasa cinta kepada negara, hargai perjuangan tanah air dahulu kala dan kali ini, ia turut mengangkat peranan wanita dalam perjuangan mempertahan kedaulatan tanah air," menurutnya dalam kenyataan sempena tayangan perdana itu.

Filem Pendekar Awang Darah Indera Gajah akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 11 Januari ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: