Pelancong Malaysia paling ramai lawat Thailand pada 2023

Pasar terapung Khlong Hae di Hatyai sesak dengan pelancong khususnya dari Malaysia. Foto Bernama
Pasar terapung Khlong Hae di Hatyai sesak dengan pelancong khususnya dari Malaysia. Foto Bernama
A
A
A

BANGKOK - Rakyat Malaysia mendahului senarai pelawat antarabangsa ke Thailand pada 2023, dengan seramai 4.56 juta orang.

Menteri Pelancongan dan Sukan, Sudawan Wangsuphakijkosol berkata, Thailand yang dikenali sebagai 'The Land of Smiles,' menerima 28 juta pelawat antarabangsa tahun lepas.

Pelawat asing ini membelanjakan sejumlah 1.2 trilion baht (kira-kira RM161.52 bilion).

Lima warga asing utama yang melawat Thailand terdiri daripada rakyat Malaysia (4.56 juta), China (3.51 juta), Korea Selatan (1.65 juta), India (1.62 juta) dan Rusia (1.48 juta).

"Purata 112,807 pelancong memasuki Thailand setiap hari, dengan lima pelancong asing teratas terdiri daripada warga Malaysia (123,540), diikuti China (101,003), Rusia (52,893), Korea Selatan (41,830), dan India (39,630),” menurutnya dalam dalam satu kenyataan. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!