‘Langkah Dubai hanya fatamorgana’ - Ahmad Maslan

Ahmad Maslan - Foto Bernama
Ahmad Maslan - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan menyatakan Langkah Dubai yang bertujuan untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan seperti yang digembar-gemburkan hanyalah khayalan semata-mata.

Menurutnya yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, perkara itu adalah mustahil kerana tanpa sokongan 30 Ahli Parlimen UMNO sekalipun, kerajaan hari ini masih kekal.

"Langkah Dubai? Ini hanya fatamorgana (khayalan).

"Seramai 30 Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) sudah menandatangani untuk membayar RM100 juta jika ingin melompat parti.

“Siapa yang ada wang sebanyak itu? Jika 30 ahli yang keluar pun, kerajaan masih kekal dengan 122 sokongan," katanya menerusi hantaran di aplikasi X pada Ahad.

Sebelum ini, tular di media sosial berhubung dakwaan sekumpulan ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) berada di Dubai sebagai percubaan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Menurut dakwaan berkenaan, beberapa ahli Parlimen BN turut berada di negara tersebut bagi melakukan percubaan yang sama.

Dalam pada itu, Ahmad menambah, rakyat di negara ini hanya menginginkan kestabilan dan kekuatan ekonomi.

Artikel Berkaitan: