Trend melancong ke Thailand dijangka terus meningkat

Laporan muka depan Sinar Ahad.
Laporan muka depan Sinar Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM - Kos perbelanjaan lebih rendah dan kemudahan dari segi akses pengangkutan awam merupakan antara faktor utama menjadikan Thailand sebagai destinasi pilihan pelancongan bagi rakyat negara ini.

Presiden Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Nigel Wong berkata, atas sebab itu tumpuan pelancongan rakyat Malaysia pada ketika ini dilihat lebih cenderung ke arah Thailand.

Ujar beliau, pelancong juga menikmati penawaran harga dua kali ganda lebih murah berbanding pasaran tempatan dari segi penginapan, makanan, pakaian, pengangkutan awam dan barang-barang jualan lain.

Emerald Pool, Krabi antara lokasi tumpuan rakyat Malaysia
Emerald Pool, Krabi antara lokasi tumpuan rakyat Malaysia

“Destinasi seperti Thailand adalah sangat berpatutan dan mudah diakses melalui jalan darat dan udara menjadikannya destinasi keluar yang menarik bagi ramai rakyat Malaysia.

“Tanpa mengira kualiti destinasi domestik kita juga perlu memahami keinginan pengguna yang mahukan variasi.

“Trend penggunaan pelancongan domestik ke negara tersebut masih dalam aliran menaik dan akan terus menyaksikan pertumbuhan,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Baru-baru ini, media melaporkan anggaran RM100 juta mengalir keluar dalam tempoh tiga hari sempena Krismas apabila 100,000 rakyat Malaysia bercuti ke negara gajah putih itu khususnya Hatyai.

Artikel Berkaitan:

Pada awal tahun ini hingga Oktober lalu, seramai 3 juta pelancong Malaysia telah memasuki Thailand berbanding tempoh masa, hanya 700,000 warga Thailand ke negara ini.Dalam pada itu Nigel berkata, strategi tambah baik perlu dilaksanakan merangkumi alternatif pengangkutan, keselamatan dan kemudahan-kemudahan yang ada bagi meningkatkan semula keyakinan pelancong terhadap negara ini.

“Apa yang perlu kita tumpukan perhatian ialah cadangan nilai Malaysia sebagai destinasi yang selamat, berpatutan dan mesra untuk pelancong masuk (ke negara ini),” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!