Wan Hassan dilantik Pengarah JPJKK Bukit Aman baharu

Wan Hassan (kanan) dilantik sebagai Pengarah JPJKK baharu menggantikan Aidi (kiri). - Foto: ROSLI TALIB.
Wan Hassan (kanan) dilantik sebagai Pengarah JPJKK baharu menggantikan Aidi (kiri). - Foto: ROSLI TALIB.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Komisioner Polis Pentadbiran, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman yang baharu berkuat kuasa pada Jumaat.

Beliau menggantikan Datuk Seri Aidi Ismail yang bersara wajib pada 1 Januari 2024 berkhidmat dalam pasukan lebih 35 tahun.

Menyingkap kembali sejarah perkhidmatan Aidi dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM), anak jati kelahiran Kuala Terengganu yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ini memulakan kariernya selepas menamatkan latihan asas kepolisan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur pada tahun 1989 sebagai Kadet Asisten Superintenden Polis.

Majlis serah terima tugas itu disaksikan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini.

Ayob Khan berkata, syabas dan tahniah diucapkan kepada Wan Hassan yang telah diberi mandat serta kepercayaan untuk memikul tanggungjawab baharu yang diamanahkan.

"Sesungguhnya kenaikan pangkat ini merupakan pengiktirafan pasukan atas perkhidmatan cemerlang yang telah diberikan.

"Laksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan dengan berintegriti, ikhlas dan jujur. Pangkat datang dengan tanggungjawab dan amanah, bukannya untuk bermegah-megah dan mengambil kesempatan ke atas pangkat dan kedudukan kita," katanya dalam ucapan semasa Majlis Serah Terima Tugas Pengarah JPJKK Bukit Aman di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini pada Jumaat.

Dalam majlis itu, turut berlangsung pemakaian lencana pangkat kepada Datuk Mohd Roze Shaari.

Artikel Berkaitan: