Sabah kembali dilanda banjir

Gambar fail.
Gambar fail.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sabah kembali dilanda banjir selepas hampir seminggu pulih daripada bencana itu dengan dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka malam ini, melibatkan daerah Paitan dan Sandakan susulan hujan lebat berterusan sepanjang pada Selasa.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan, enam mangsa daripada tiga keluarga dipindahkan ke PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pamol di Paitan manakala 142 mangsa daripada 36 keluarga berlindung di Masjid Nur Iman di Sandakan.

"Lima kampung terjejas akibat bencana banjir di Paitan manakala satu kampung terjejas di Sandakan.

"Bilangan mangsa dijangka meningkat dan pemantauan sedang dilakukan terhadap situasi banjir di kawasan terjejas,” katanya.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir dan hujan di satu atau dua tempat di Sabah, esok.

Sementara itu, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Kelantan dan Terengganu merekodkan peningkatan malam ini manakala bilangan mangsa di Pahang berkurangan.

Artikel Berkaitan: