Isteri tuntut elaun RM1.39 juta setiap kali hamil

Soudi (kanan) bersama suaminya, Jamal. - Foto Agensi
Soudi (kanan) bersama suaminya, Jamal. - Foto Agensi
A
A
A

LONDON - Seorang isteri mendedahkan bahawa suaminya berjanji untuk membayar elaun sebanyak AS$300,000 (RM1.38 juta) setiap kali hamil.

Menurut MailOnline, Soudi Al Nadak, 26 tahun dari Sussex, Britain telah mengahwini seorang jutawan, Jamal Al-Nadak dari Dubai.

Soudi kini menetap di Dubai dan telah menyambut ulang tahun perkahwinan ketiga mereka,

Dalam video dimuat naik dalam akuan TikTok @soudiofarabia, telah ditonton lebih 2.3 juta orang memperlihatkan wanita itu membincangkan mengenai kehamilannya.

"Sebelum saya hamil, ini adalah syarat yang tidak boleh dirunding.

"Ini termasuk sesi terapi, fisioterapi, jurulatih peribadi, akupunktur, dan sesi urut untuk bayi.

“Saya perlu sentiasa cergas dan sihat untuk suami dan bayi,” katanya merujuk kepada terma dan syarat kehamilan itu.

Soudi memberitahu pengikut media sosialnya bahawa dia akan dibayar elaun setiap kali hamil serta akses penuh kepada kad kredit suaminya jika dia memerlukannya.

Artikel Berkaitan:

“Jelas sekali, saya akan mempunyai akses penuh kepada kad kredit suami saya sekiranya berlaku kecemasan," tambahnya.

"Saya juga menjelaskan kepada Jamal bahawa jumlah ini adalah untuk setiap bayi. Ini bermakna untuk seorang, ia akan menjadi AS$300,000, dan untuk dua bayi, nilainya ialah AS$600,000 (RM2.79 juta)."- Agensi