Penentuan penalti luar biasa pacu Modern Future ke final

Modern Future
Modern Future
A
A
A

SEBANYAK 34 sepakan penentuan penalti dilakukan sebelum Modern Future mengesahkan kemaraan ke perlawanan akhir selepas menewaskan Pyramids, 14-13 dalam perlawanan separuh akhir Piala Super Mesir, pada Isnin.

Sebelum itu, kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan dalam perlawanan berlarutan hingga minit ke-99 masa kecederaan yang berlangsung di Stadium Mohammed bin Zayed, tersebut.

Modern Future, kelab tangga kesembilan Liga Premier Mesir, kendalian Ricardo Formosinho dalam perlawanan itu mempersia-siakan tiga penentuan sepakan penalti manakala Pyramids tewas selepas terlepas sepakan penalti keempat.

Sebagai rekod, Pyramids kendalian Jaime Pacheco merupakan pasukan pilihan yang juga pendahulu Liga Premier Mesir dengan 17 mata selepas lapan perlawanan.

Modern Future, bakal berdepan penyandang juara, Al Ahly yang menewaskan Ceramica Cleopatra, 1-0 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir pada Selasa.

Sebelum ini sebanyak 54 sepakan penentuan penalti dilakukan ketika

Washington FC mengatasi Bedlington Terriers 25-24 dalam aksi domestik tempatan di England tahun lalu.

Sebanyak 48 sepakan penentuan penalti diambil ketika perlawanan Piala Namibia menemukan KK Palace dengan Civics pada 2005.

Artikel Berkaitan: