Rakyat dijangka hadapi cabaran getir tahun ini: Khalid Ibrahim

Abdul Khalid
Abdul Khalid
A
A
A

SHAH ALAM - Rakyat dijangka menghadapi cabaran getir bermula tahun ini dan tahun-tahun mendatang berikutan keadaan ekonomi dan politik masa kini yang tidak menentu dan membimbangkan.

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerusi status di akaun Facebooknya berkata, 2019 merupakan tahun mencabar dalam semua kategori termasuk politik dan sosioekonomi.

"Pada Oktober lalu di Singapura, saya pernah menyatakan kerisauan tentang perkembangan politik Malaysia yang celaru dan menjurus kepada ketidakstabilan. Akibatnya kita melihat hari ini ia menjejaskan keyakinan pelabur asing.

"Bertambah malang apabila kerajaan hari ini juga gagal mempamerkan pentadbiran telus dan cekap sehingga menjejaskan polisi serta program kebajikan," katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri yang termaju dan terkaya juga tidak mampu meneruskan pelbagai program yang dimulakan pada tahun 2009 untuk menolong golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40).

"Pengumuman dividen yang sangat rendah bagi institusi pelaburan utama negara seperti Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) turut secara langsung memberi kesan buruk kepada tahap kepercayaan rakyat kepada pasukan yang diamanahkan kerajaan menerajui pelaburan," katanya.

Beliau dalam pada itu turut melahirkan kegusaran terhadap tahap keharmonian kaum di negara ini.

"Saya gesa kerajaan dengan pantas dan tuntas bertindak secara hemah dan bijaksana bagi mengelak musibah lebih besar. Saya berdoa dan berharap rakyat negara ini tabah menghadapi cabaran yang mendatang

Artikel Berkaitan:

"Bagaimanapun, tidak kira betapa besar pun masalah kita, janganlah kita melakukan sebarang tindakan yang menjatuhkan maruah agama, bangsa dan negara kita," katanya.