Pertemuan Arsenal, Liverpool terpaling sengit

Arteta
Arteta
A
A
A

[DIKEMAS KINI] PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta menyifatkan keputusan seri 1-1 menentang Liverpool pada Ahad antara perlawanan paling sengit dalam beberapa dekad ketika kelab London utara itu meneruskan pemburuan kemenangan liga di Anfield berterusan.

Gol tandukan awal Gabriel memberi harapan kepada Arsenal untuk menang liga pertama di Liverpool sejak 2012 tetapi Mohammed Salah menjaringkan gol penyamaan hebat pada minit ke-29 sebelum separuh masa.

The Gunners menguasai perlawanan dengan mentaliti menang, namun gagal membawa keluar tiga mata dari laman keramat The Reds walaupun menuju ke Krismas dengan kelebihan satu mata ke atas Liverpool dan Aston Villa di puncak liga.

Pengendali Sepanyol itu berkata, dia tidak boleh kecewa dengan keputusan aksi berintensiti tinggi di Anfield ibarat berada dalam mesin basuh.

“Permainan bola sepak yang sukar dipercayai, antara yang paling sengit yang saya saksikan dalam 20 tahun dalam liga ini.

“Untuk beberapa saat kami berada di atas, dalam 20 minit terakhir kami mahukan lebih banyak, tetapi keputusan seri adalah keputusan yang adil.

“Untuk melihat pemain-pemain mempunyai keberanian dan kepercayaan untuk bermain seperti yang kami lakukan di sini, saya fikir pemain-pemain berhak mendapat pujian yang besar,” kata Arteta.

Dalam pada itu, Arteta mengakui Liverpool kendalian Jurgen Klopp menghadirkan pelbagai ancaman terhadap pasukannya.

Artikel Berkaitan:

"Kami bertekad untuk menyerang dan menimbulkan masalah kepada mereka. Mereka pasukan yang menyebabkan pelbagai ancaman, mereka sangat menegak dan langsung. Mereka adalah yang terbaik di dunia dalam melakukan itu.

"Ia adalah permainan bola sepak yang sukar dipercayai dengan dua pasukan yang menaikkan tahap ke tahap yang lain," kata Arteta.

Keputusan itu membolehkan Arsenal akan menghabiskan Hari Krismas di puncak liga untuk musim kedua berturut-turut biarpun dijangka tidak kekal lama.

Walaupun Arsenal telah memenangi lima daripada tujuh perlawanan liga terakhir mereka, Arteta berkata mereka masih perlu menambah baik jika mahu kekal di hadapan dalam perebutan kejuaraan.

"Ya sudah tentu ada perkara tertentu yang perlu kami perbaiki. Terutamanya aspek membunuh permainan...

"Adakalanya keputusan terlalu hampir. Tetapi kami telah menunjukkan tahap yang baik dengan lima pemain utama diketepikan. Itu sesuatu yang kami perlu kekalkan," katanya