Berhenti politikkan isu pemindahan Kuil Nagamma - Dr Zaliha

Dr Zaliha - Foto Bernama
Dr Zaliha - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Orang ramai diseru untuk tidak lagi mempolitikkan isu pemindahan Kuil Nagamma, Sentul di sini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.

Beliau berkata, perkara itu akan diselesaikan dengan kadar segera, selain satu perbincangan khas bersama pihak YTL diketuai Pengarah Eksekutif YTL Land & Development Berhad, Datuk Hamidah Bakar diadakan bagi membincangkan perkara berkenaan hari ini.

"Secara keseluruhannya, saya mendapati perbincangan tersebut merupakan satu perbincangan yang positif dan saya yakin perkara ini dapat diselesaikan dengan baik.

"Saya akan memastikan perkara ini diselesaikan dengan kadar segera dan menyeru semua pihak agar tidak lagi mempolitikkan isu ini demi kebajikan dan kesejahteraan warga Wilayah Persekutuan,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasminya pada Sabtu.

Perbincangan itu turut dihadiri Timbalan Menteri Perpaduan, K Saraswathy; Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran; wakil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan wakil Malaysia Hindu Sangam. - Bernama

Artikel Berkaitan: