Amanah akui kurang arif kuasai media sosial

Mohamad.
Mohamad.
A
A
A

KLANG - Parti Amanah Negara (Amanah) mengakui bahawa parti itu ketika ini masih kurang arif menguasai media sosial.

Perwakilan Perlis, Kapten (B) Mohamad Saad @ Yahaya berkata, ia berikutan jumlah tontonan secara langsung terutamanya di Facebook masih kurang mendapat perhatian masyarakat.

"Contoh, sewaktu saya lihat presiden (Datuk Seri Mohamad Sabu) kita berucap, yang tonton cuma 146 orang dan mendapat 73 sukaan sahaja.

"Bayangkan parti kita sebesar ini, ada menteri dan timbalan menteri tetapi hanya setakat itu jumlah yang tengok.

"Tak dapat dinafikan kita masih belajar untuk menghadapi ledakan ini yang menjadi antara penyebab parti masih kurang mendapat perhatian," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan pidato presiden sempena Konvensyen Nasional Amanah 2023 di salah sebuah hotel di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, Mohamad turut mencadangkan supaya Amanah memulakan operasi secara menyeluruh di media sosial sebelum pilihan raya umum akan datang.

"Kita ada biro komunikasi dengan pusat media, kenapa tak kerjasama dan gunakan ini (media sosial) sebaiknya untuk bongkarkan pembohongan yang ada satu demi satu," ujarnya.

Artikel Berkaitan: