Ronaldo terus berbisa

Ronaldo. Foto Agensi
Ronaldo. Foto Agensi
A
A
A

PEMAIN sensasi, Cristiano Ronaldo terus mempamerkan bisanya apabila meledak satu gol ketika membantu Al Nassr menumpaskan Al-Ettifaq 3-1 dalam saingan Liga Pro Saudi awal pagi Sabtu.

Kemenangan itu membolehkan Al Nassr merapatkan jurang dengan peneraju liga Al-Hilal yang berkelebihan 10 mata yang beraksi lebih satu perlawanan.

Dalam aksi itu, Al Nassr membuka tirai jaringan menerusi bekas pemain Manchester United, Alex Telles pada penghujung babak pertama.

Bekas pemain Inter Milan, Marcelo Brozovic menggandakan kelebihan tuan rumah dengan gol kedua pada minit ke-59.

Ronaldo kemudian menyempurnakan penalti untuk menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-73 sebelum Mohammed Al-Kuwaykibi menyumbat gol saguhati pelawat lima minit sebelum tamat.

Al-Ettifaq yang dibimbing Steven Gerrard tidak menang dalam lapan perlawanan dan menghuni tangga kelapan liga.

Jordan Henderson dan Georginio Wijnaldum antara bekas pemain Liga Perdana Inggeris yang bermain buat pasukan pelawat di Stadium Al-Awwal Park itu.

Al-Ettifaq akan menentang Al-Hazm pada 28 Disember ini, manakala Al-Nassr dijadual berdepan Al-Ittihad tiga hari lagi.

Artikel Berkaitan: