Suarez sertai Inter Miami

Suarez menandatangani kontrak untuk musim 2024 bersama Inter Miami.
Suarez menandatangani kontrak untuk musim 2024 bersama Inter Miami.
A
A
A

INTER Miami menandatangani penyerang Luis Suarez, umum kelab Liga Bolasepak Utama (MLS) pada Sabtu ketika pemain Uruguay itu kembali bekerjasama dengan rakan karib dan bekas rakan sepasukan di Barcelona, ​​Lionel Messi.

Suarez yang menandatangani kontrak untuk musim 2024 juga kembali semula bersama bekas pemain Barca dan rakan sepasukan yang memenangi treble Sergio Busquets dan Jordi Alba - empat kejuaraan LaLiga dalam tempoh lima tahun.

Pemain Uruguay itu menyertai Miami dari kelab Brazil, Gremio, di mana dia menjaringkan 26 gol dan memberikan 17 bantuan gol dalam semua pertandingan, membawa pasukan itu memenangi dua trofi tahun ini.

"Saya sangat gembira dan teruja untuk menyahut cabaran baharu ini bersama Inter Miami. Saya tidak sabar untuk bermula, dan bersedia untuk berusaha untuk menjadikan impian memenangi lebih banyak gelaran bersama kelab hebat ini menjadi kenyataan," kata Suarez.

Sebagai rekod, Suarez dan Messi sebahagian daripada trio penyerang terkenal Barca - bersama penyerang Brazil Neymar - yang menguasai Sepanyol dan Eropah pada musim 2014-15 apabila memenangi LaLiga, Piala Raja Sepanyol dan Liga Juara-Juara.

Suarez pertama kali memberikan impak di Eropah dengan kelab liga Belanda, Ajax Amsterdam sebelum beralih ke kelab Liga Perdana Inggeris, Liverpool menyaksikan dia menjaringkan 82 gol.

Suarez
Suarez

Namun di Barcelona, dia paling berjaya apabila menjaringkan 195 gol dan membuat 113 bantuan.

Artikel Berkaitan:

Selepas tidak lagi bersama Barca, dia beralih kepada pesaing Atletico Madrid, sekali lagi dia terus menarik perhatian dan membawa pasukan itu merangkul gelaran LaLiga.

Secara keseluruhannya, dia telah menjaringkan lebih daripada 500 gol senior untuk kelab dan negara dalam kerjayanya yang menjangkau hampir dua dekad.

"Luis adalah penyerang yang cemerlang dengan rekod prestasi cemerlang di peringkat tertinggi sukan ini...

"Dia telah membuktikan dirinya sebagai bakat tunggal dalam setiap liga yang dimainkannya sepanjang kariernya setakat ini," kata Ketua Pegawai Bola Sepak dan Pengarah Sukan, Chris Henderson.

Sebagai rekod, Miami memenangi Piala Liga pada 2023 setelah kehadiran Messi tetapi tidak layak ke playoff Piala MLS.

Mereka memulakan musim 2024 di laman sendiri menentang Real Salt Lake pada Februari depan.