Pemuda Amanah mahu kepimpinan baharu dinamik, momentum kuat

Danial Al-Rashid Haron Aminar Rashid
Danial Al-Rashid Haron Aminar Rashid
A
A
A

SHAH ALAM - Kepimpinan baharu Parti Amanah Nasional (Amanah) bukan sahaja perlu dinamik, malah mempunyai momentum yang sama dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Ketua Pemuda, Parti Amanah Negara (Amanah), Danial Al-Rashid Haron Aminar Rashid berkata, adalah sukar untuk parti itu menjadi tonggak penting dalam kerajaan jika barisan kepimpinannya tepu dan tidak dinamik.

“Kami mengharapkan muka-muka baru dan pasukan baru ini nanti akan mendukung dan menjiwai aspirasi kerajaan.

“Amanah sudah berusia lapan tahun jadi kalau kepimpinan peringkat nasional tepu dan tidak dinamik ini agak sukar untuk masa depan parti,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Danial Al-Rashid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga berkata, beliau secara peribadi menyokong agar kepimpinan Datuk Seri Mohammad Sabu dikekal untuk satu penggal lagi.

“Ini merupakan penggal terakhir presiden kerana berdasarkan perlembagaan parti jawatan presiden hanya boleh disandang selama tiga penggal sahaja dan ini adalah peluang kepada barisan muda Amanah untuk bersiap sedia dengan tanggungjawab besar pada masa akan datang,” jelas beliau.

Dalam pada itu, beliau berkata, persaingan untuk merebut kedudukan 27 Jawatan Kuasa Pimpinan Nasional dijalankan dengan sihat dan tidak menjejaskan kestabilan dalam parti itu.

“Sebenarnya saya juga menunggu senarai ‘chai’ yang disebut-sebut itu sampai kepada saya, tetapi sampai sekarang tiada dan ini membuktikan pemilihan ini dalam keadaan yang harmoni.

Artikel Berkaitan:

“Dan bagi saya sebenarnya jika ada dua atau tiga kumpulan yang wujud sekalipun sebenarnya kombinasi mereka yang akan terpilih akan lebih menguatkan parti,” kata beliau.