Aiman Athirah kembali terajui AWAN Nasional

Aiman Athirah (lapan dari kiri) berjaya mempertahankan jawatan sebagai Ketua Angkatan Wanita Amanah Nasional (AWAN) apabila dilantik kembali menerajui sayap Parti Amanah Negara (Amanah) itu bagi sesi 2023 hingga 2026.
Aiman Athirah (lapan dari kiri) berjaya mempertahankan jawatan sebagai Ketua Angkatan Wanita Amanah Nasional (AWAN) apabila dilantik kembali menerajui sayap Parti Amanah Negara (Amanah) itu bagi sesi 2023 hingga 2026.
A
A
A

KLANG - Datuk Aiman Athirah Sabu berjaya mempertahankan jawatan sebagai Ketua Angkatan Wanita Amanah Nasional (AWAN) apabila dilantik kembali menerajui sayap Parti Amanah Negara (Amanah) itu bagi sesi 2023 hingga 2026.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, memperoleh 312 undi daripada 509 perwakilan yang terlibat dalam Pemilihan Jawatankuasa AWAN Nasional di sini pada Jumaat.

Dalam pada itu, Anfaal Saari yang berada di kedudukan teratas dengan pungutan 412 undi pula dilantik sebagai Timbalan Ketua AWAN Nasional.

Beliau yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Templer sebelum ini menyandang jawatan Naib Ketua AWAN Nasional.

Sementara itu, Hafidzah Mustakim yang memperoleh undian kedua terbanyak iaitu 394 undi, dilantik sebagai Naib Ketua AWAN.

Dua lagi Naib Ketua AWAN Nasional, disandang oleh Salmee Said dan Kamaliah Noordin dengan masing-masing memperoleh 339 dan 281 undi.

Aiman Athirah menzahirkan penghargaan kepada semua perwakilan yang telah memilih jawatankuasa terlibat.

Menurutnya, terdapat tujuh muka baharu dalam jawatankuasa berkenaan yang diharapkan mampu memikul tanggungjawab diamanahkan.

Artikel Berkaitan:

"Syabas kepada Anfaal dan tiga lagi naib ketua yang dilantik...bukan semua kalah, kalah. Bukan semua menang, menang.

"Ada tujuh jawatankuasa yang baharu, saya harap mereka ini cepat adaptasi diri kerana tugas dan tanggungajwab di peringkat nasional ini berat.

"Ini satu cabaran besar. Harap betul-betul menjiwai...kita bukan hanya nak isi tempat kosong, tapi tak hadir mesyuarat misalnya," katanya ketika berucap selepas pengumuman pemilihan jawatankuasa tertinggi AWAN Nasional di sini, pada Jumaat.

Pemilihan yang berlangsung serentak dengan Konvensyen AWAN Nasional 2023 itu, turut menyaksikan penyandang Timbalan Ketua AWAN Nasional, Nor Hayati Bachok dan dua Naib Ketua AWAN Nasional, iaitu Aida Yusof Rawa dan Norhayati Bidin, gugur daripada lima jawatan utama.

Bagaimanapun ketiga-tiga mereka masih tersenarai dalam 27 jawatankuasa pimpinan AWAN Nasional bagi sesi tersebut.

Berikut adalah senarai penuh Jawatankuasa AWAN Nasional Sesi 2023-2026:

Ketua:

Datuk Aiman Athirah Sabu

Timbalan Ketua:

Anfaal Saari

Naib Ketua:

1. Hafidzah Mustakim

2. Salmee Said

3. Kamaliah Noordin

Speaker:

Zarina Dzulkupli

Timbalan Speaker:

Rosmayana Abu Rahim

Juruaudit:

Norlia Salleh

Suriati Sukardi

Jawatankuasa Pimpinan Awan Nasional:

1. Anfaal Saari (412 undi)

2. Hafidzah Mustakim (394)

3. Salmee Said (339)

4. Nurul Iman Dzulkefly (333)

5. Zaiton Latiff (329)

6. Nor Hayati Bachok (318)

7. Datuk Aiman Athirah Sabu (312)

8. Rohani Abd Muttalib (308)

9. Sabrina Md Yusoff (299)

10. Norhayati Bidin (291)

11. Mariam Abdul Rashid (282)

12. Kamaliah Noordin (281)

13. Noorhaza Ma'an (275)

14. Rozita Abdul (261)

15. Che Mazlina Che Yob (259)

16. Noraini Samsudin (251)

17. Anis Afida Mohd Azli (241)

18. Husna Mohd Amran (239)

19. N. Pushpa (239)

20. Julie Rosieta Mohamed (233)

21. Sumayyah Mohamed Radzi (227)

22. Che Noor Arifah Abu Bakar (225)

23. Aida Yusof Rawa (223)

24. Hamidah Ali (207)

25. Hamisah Abdul Mubin (206)

26. Minah Ahmad (201)

27. Nurul Suhadah Shuib (196)