Perwakilan AWAN lulus tiga usul perbahasan

Para perwakilan yang hadir Konvensyen Amanah Wanita Nasional 2023 pada Jumaat. FOTO SINAR HARIAN/ ASRIL ASWANDI SHUKOR.
Para perwakilan yang hadir Konvensyen Amanah Wanita Nasional 2023 pada Jumaat. FOTO SINAR HARIAN/ ASRIL ASWANDI SHUKOR.
A
A
A

KLANG - Perwakilan Angkatan Wanita Amanah Nasional (AWAN) meluluskan tiga usul perbahasan berkaitan keselamatan negara, rang undang-undang (RUU) profesion pekerja sosial dan solidariti bersama rakyat Palestin.

Salah seorang pembahas daripada AWAN Selangor, Nooraimi Hani berkata, usul RUU pekerja sosial menjadi antara usul penting bagi mengetengahkan peranan wanita sebagai pemacu ekonomi dalam negara.

Nooraimi
Nooraimi

Menurut beliau, AWAN mahu RUU itu dimuktamadkan dan dilaksanakan sebagai undang-undang kerana profesion pekerja sosial berkait rapat dengan penjagaan ekonomi dalam kalangan wanita.

“Sebagai contoh, rumah penjagaan dan nurseri, jadi dengan adanya undang-undang yang menjaga kebajikan mereka, ia mampu menyediakan peluang pekerjaan adil serta saksama untuk kaum hawa,” katanya ketika berucap di Konvensyen AWAN Nasional 2023 di Hotel Wyndham Acmar di sini pada Jumaat.

Persidangan tersebut yang dihadiri seramai 658 orang turut membincangkan isu 3R (institusi diraja, agama dan kaum) serta usul antarabangsa iaitu konflik Israel-Palestin tercetus sejak 7 Oktober lalu.

Hadir sama, Naib Presiden Amanah, Adly Zahari; Timbalan Ketua AWAN Nasional merangkap pengarah konvesyen, Nor Hayati Bachok; Naib Presiden Amanah, Dr Siti Mariah Mahmud; Jawatankuasa Pimpinan Nasional, Datuk Dr Hasan Baharom dan Timbalan Ketua Pemuda Amanah, Danial Al-Rashid Haron Aminar Rashid.

Selain itu, Timbalan Ketua kepimpinan Jawatankuasa Eksekutif Pemuda DAP (DAPSY), Young Syefura Othman; wakil kedutaan Turki, Australia, Singapura dan Palestin serta perwakilan dari seluruh negara.

Artikel Berkaitan: