Air Selangor bantu tiga rumah kebajikan

Sukarelawan Hydro Heroes yang terdiri daripada 17 warga kerja Air Selangor bergambar kenangan bersama penghuni rumah kebajikan yang mereka kunjungi.
Sukarelawan Hydro Heroes yang terdiri daripada 17 warga kerja Air Selangor bergambar kenangan bersama penghuni rumah kebajikan yang mereka kunjungi.
A
A
A

SHAH ALAM - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) di bawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR), Sesama Mara menyalurkan sumbangan kepada tiga buah rumah kebajikan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor untuk berkongsi kegembiraan sempena Hari Krismas.

Air Selangor dalam satu kenyataan berkata, menerusi program itu, Air Selangor menyumbang keperluan asas seperti barangan dapur, makanan dan kelengkapan rumah serta menyalurkan bantuan baik pulih paip di tiga buah rumah kebajikan kanak-kanak iaitu Lighthouse Children Welfare Home Association, Praise Emmanuel Children’s Home dan Overcomer Care Centre.

Sukarelawan Hydro Heroes memberikan sumbangan kepada penghuni rumah kebajikan.
Sukarelawan Hydro Heroes memberikan sumbangan kepada penghuni rumah kebajikan.

“Selain memberi bantuan dan mengunjungi rumah-rumah kebajikan terlibat, pasukan sukarelawan Hydro Heroes terdiri daripada 17 warga kerja Air Selangor turut mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan rumah kebajikan Lighthouse Children Welfare Home Association dan meluangkan masa untuk beramah mesra dengan anak-anak di rumah berkenaan,” jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, melalui Sesama Mara juga, Air Selangor mengagihkan bantuan barangan makanan asas Box of Hope kepada golongan yang memerlukan.

“Sebanyak 4,975 kotak ‘Box of Hope’ telah diagihkan sehingga kini kepada keluarga B40 di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur sejak inisiatif ini mula diperkenalkan pada 30 Jun 2020.

Sukarelawan Hydro Heroes yang terdiri daripada 17 warga kerja Air Selangor turut mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan rumah kebajikan Lighthouse Children Welfare Home Association.
Sukarelawan Hydro Heroes yang terdiri daripada 17 warga kerja Air Selangor turut mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan rumah kebajikan Lighthouse Children Welfare Home Association.

“Air Selangor berharap bantuan yang dihulurkan dapat memberikan kegembiraan di samping mengukuhkan hubungan antara pelbagai lapisan masyarakat seperti komuniti setempat, persatuan penduduk, pihak berkuasa tempatan dan pertubuhan bukan kerajaan,” kata kenyataan itu.

Artikel Berkaitan:

Kaedah sumbangan Box of Hope dalam bentuk pembelian fizikal boleh dilakukan di lima lokasi Box of Hope Village Grocer iaitu Tamarind Square Cyberjaya, MyTOWN Shopping Centre Cheras, 1 Mont Kiara, Central i-City Shah Alam dan Melawati Mall Ampang.

Selain itu, Air Selangor juga telah melancarkan inisiatif Box of Hope versi digital yang membolehkan orang ramai menyalurkan sumbangan secara digital melalui laman sesawang www.airselangor.com/boxofhope/.

Sukarelawan Hydro Heroes meluangkan masa bersama penghuni dengan menganjurkan program yang bermanfaat.
Sukarelawan Hydro Heroes meluangkan masa bersama penghuni dengan menganjurkan program yang bermanfaat.

Program Sesama Mara merupakan inisiatif akar umbi yang bertujuan untuk membantu komuniti sekeliling di samping memperkukuhkan hubungan Air Selangor bersama pelbagai lapisan masyarakat seperti komuniti setempat, persatuan penduduk, pihak berkuasa tempatan dan pertubuhan bukan kerajaan.

Air Selangor turut berterima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan dalam menjayakan kesemua aktiviti Sesama Mara sepanjang tahun 2023.