Jalinan Mesra Saji sumbang RM500,000, manfaat 900 penerima

Rastam (tengah) menyampaikan dana wakalah FGV sebanyak RM53,000 untuk diagihkan kepada asnaf dan Food Bank di Masjid Rahimah Kampung Pandan.
Rastam (tengah) menyampaikan dana wakalah FGV sebanyak RM53,000 untuk diagihkan kepada asnaf dan Food Bank di Masjid Rahimah Kampung Pandan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Program Jalinan Mesra Saji yang berlangsung sejak sembilan bulan lalu berakhir pada siri ke-8 di Masjid Rahimah Kampung Pandan di sini pada Khamis.

Pengerusi FGV Holdings Berhad, Tan Sri Rastam Mohd Isa berkata, program itu merupakan kerjasama antara FGV dengan Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk menyalurkan sebahagian wakalah zakat FGV.

Menurutnya, program memfokuskan kepada pemberian bantuan khususnya buat golongan kurang berkemampuan yang terkesan dengan kos sara hidup.

"Program telah bermula di Masjid Negara pada Mac lalu dan Masjid Rahimah Kampung Pandan merupakan penutup kepada Program Jalinan Saji yang kita rancang untuk tahun ini.

"Jumlah keseluruhan penerima sumbangan bagi lapan siri program adalah seramai 900 orang membabitkan peruntukan RM500,000," katanya pada Majlis Penutup Program Jalinan Mesra Saji siri yang ke-8 pada Khamis.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi PPZ-MAIWP, Mohammed Hassan.

Pada program itu, melalui dana wakalah FGV telah menyerahkan sumbangan RM53,000 dan sumbangan daripada dana pemegang wakalah MAIWP bernilai RM11,3000 kepada asnaf di Masjid Rahimah Kampung Pandan.

Rastam (duduk, tiga dari kiri) bersama wakil PPZ-MAIWP dan pengurusan masjid serta penerima sumbangan dana wakalah FGV di Masjid Rahimah Kampung Pandan.
Rastam (duduk, tiga dari kiri) bersama wakil PPZ-MAIWP dan pengurusan masjid serta penerima sumbangan dana wakalah FGV di Masjid Rahimah Kampung Pandan.

Artikel Berkaitan:

Syarikat yang menunaikan zakat serendah RM10,000 hingga RM1 juta setahun layak untuk mendapat pengembalian semula wang zakat sehingga 50 peratus untuk dimanfaatkan semula kepada golongan memerlukan melalui aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Dalam pada itu, Rastam berkata, sebagai warga korporat yang prihatin, FGV sentiasa komited dalam menunaikan kewajipan berzakat demi memenuhi tuntutan Islam.

Ujarnya, FGV merupakan antara pembayar zakat perniagaan terbesar bagi syarikat senaraian awam bumiputera selama beberapa tahun ini.

"FGV melunaskan kewajipan zakat perniagaan di semua negeri yang syarikat kami beroperasi.

"Pada tahun ini, Kumpulan FGV menunaikan kewajipan zakat perniagaan kepada negeri-negeri seluruh Malaysia berjumlah RM35.3 juta termasuk RM10.3 juta kepada PPZ-MAIWP baru-baru ini," katanya.