Keputusan kontrak kenderaan menteri dibuat Kementerian Kewangan

Saifuddin
Saifuddin
A
A
A

PUTRAJAYA - Keputusan pemberian kontrak kenderaan melibatkan 32 unit Toyota Vellfire dan 3,000 Honda Accord untuk menteri-menteri dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan akan dibuat oleh Kementerian Kewangan selepas mendapat kelulusan Kabinet.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Kabinet telah berbincang kaedah terbaik yang dapat memberikan penjimatan kepada kerajaan.

"Antara yang dibincangkan ialah memberikan elaun kenderaan atau menyediakan kereta rasmi.

"Perkara ini nanti akan diputuskan oleh Kementerian Kewangan," katanya di sini hari ini.

Semalam sebuah portal mendedahkan tentang kontrak kenderaan yang bakal ditawarkan kepada beberapa pembida selepas kontrak 25 tahun oleh Spanco tamat hujung tahun ini.

Difahamkan kerajaan juga bercadang untuk menggantikan 1,300 unit kenderaan penguatkuasaan dalam tempoh lima tahun akan datang dan juga 8,000 unit Proton Persona dan Saga untuk kegunaan jabatan-jabatan.

Kontrak baharu akan berjalan selama hanya 15 tahun dan membabitkan 12,500 unit kenderaan dengan jumlah RM300 juta setahun, bermula selepas tahun kelima.

Syarikat-syarikat yang akan membida untuk kontrak tersebut ialah Spanco, Kumpulan Naza, Berjaya, Sime Darby, DRB-Hicom, Kumpulan Samling, Comos dan Go Auto.

Artikel Berkaitan: