Sotong manis RM50: 'Sampai tahap invois pun kita semak' - Menteri

Hidangan sepinggan nasi berlaukkan sotong dan sayur dipaparkan dalam hantaran yang tular di Facebook.
Hidangan sepinggan nasi berlaukkan sotong dan sayur dipaparkan dalam hantaran yang tular di Facebook.
A
A
A
KOTA KINABALU - Siasatan isu tular sotong manis yang dijual dengan harga RM50 dilakukan secara teliti, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd Ali.

Beliau berkata, penguat kuasa KPDN Sabah telah membuat pemeriksaan di restoran tersebut dan dua kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 12 Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011.

Armizan ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Program Jualan Rahmah di Kapayan Kota Kinabalu.
tamat
Armizan ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Program Jualan Rahmah di Kapayan Kota Kinabalu. tamat



"Kita akan siasat, kita akan tengok sampai tahap invois pun kita semak, berapa harga sotong yang dibeli daripada pembekal pun kita lihat.

"Begitu juga di bawah akta perihal dagangan lihat ada tanda harga atau tidak, adakah notis betul-betul jelas atau mengelirukan. Ini kita akan ambil tindakan atau tegur," katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Program Jualan Rahmah di Kapayan di sini pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita langkah KPDN bagi memastikan peniaga meletakkan tanda harga bagi mengelak kekeliruan kepada pengguna.

Bagaimanapun mengulas lanjut, Armizan memaklumkan belum ada keputusan berhubung kes tersebut kerana ia masih dalam proses siasatan KPDN Sabah.

"Belum ada keputusan kerana masih dalam proses siasatan, kita telah keluarkan notis kepada peniaga untuk memberi respons kepada KPDN tentang soalan yang kita ajukan," katanya.

Sebelum itu, Sinar Harian pada Rabu melaporkan pemilik premis menjual sotong manis dengan harga RM50 seekor dikenakan tindakan KPDN Sabah selepas isu itu tular di media sosial.

Artikel Berkaitan:


Tindakan itu dikenakan selepas pihak restoran didapati meletakkan harga lauk yang mengelirukan dan tidak jelas kepada pelanggan.

Pihak restoran juga turut diberikan notis untuk memberi maklum balas dalam tempoh dua hari berhubung harga makanan tersebut.