Shopee raikan penjual di Shopee Super Awards 2023

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Shopee Super Awards 2023 kembali tahun ini dengan meraikan bintang cemerlang dalam landskap e-dagang Malaysia yang semakin berkembang.

Shopee Super Awards meraikan jenama dan penjual yang telah berjaya mengubah perniagaan mereka dengan menggunakan pemasaran strim langsung dan affiliate secara cemerlang.

Sebanyak 100 anugerah diberi kepada jenama kegemaran, penjual tempatan dan bakat hebat yang telah mencapai perkembangan cemerlang dalam pasaran Shopee dengan melangkaui halangan dalam berinovasi dan membawakan kualiti yang konsisten.

Tempoh pengundian 28 hari di aplikasi Shopee pada November lalu membolehkan orang ramai untuk mengundi 25 pemenang anugerah, manakala 75 anugerah tanpa pengundian ditentukan oleh hasil data platform.

Majlis anugerah karpet merah itu berlangsung pada 14 Disember lalu di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Ketua Pemasaran Shopee Malaysia, Kenneth Soh, berkata, Shopee Super Awards 2023 menunjukkan hubungan sinergi antara komuniti dalam talian dalam memacu keterangkuman ekonomi dalam e-dagang.

“Platform kami sentiasa memperkasakan perniagaan untuk berjaya dalam ekonomi digital sepertimana terbukti dengan 98,000 penjual baharu yang menyertai ekosistem kami pada tahun ini terutamanya dengan program peningkatan kemahiran percuma seperti Shopee University, Shopee Seller Summit, dan kelas pemasaran pempengaruh.

“Tambahan lagi, penjual tempatan baharu di Shopee Live merekodkan peningkatan sepuluh kali ganda dalam jualan dan 16 kali ganda dalam peningkatan pesanan pada tahun ini berbanding tahun lepas,”katanya di sini.

Artikel Berkaitan:

Anugerah di bawah kategori Shopee Super Live Streamer

KENNETH SOH
KENNETH SOH



Rakyat Malaysia telah mengundi sepanjang bulan November untuk penjual Shopee yang telah disenarai pendek berdasarkan jumlah strim langsung tertinggi, pencapaian dalam jumlah pesanan strim langsung tertinggi dalam kategori masing-masing, dan memacu jumlah dan keterlibatan penonton tertinggi.

Para pemenang anugerah Super Live Streamer yang berjaya menawan penonton adalah:

Super Essentials Livestream Brand: MYDIN Malaysia

Super Fashion Livestream Brand: XES Shoes

Super Lifestyle Livestream Brand: STABILO Official Store

Super Electronic Livestream Brand: 70mai

Super Beauty Livestream Seller: KL-PHARMACY

Super Essentials Livestream Seller: PHINIX STORE

Super Fashion Livestream Seller: ELGINI APPAREL SDN BHD

Super Lifestyle Livestream Seller: JAYATECH

Super Electronic Livestream Seller: allblue5367

Anugerah di bawah kategori Shopee Malaysian-Born Brand

HABIB Official Store menerima undian paling banyak dari kalangan orang ramai sebagai pemenang anugerah julung-julung kali Anugerah Malaysian-Born Brand.

HABIB mempertunjukkan khidmat pelanggan cemerlang sebagai Shopee Mall Brand yang dipercayai sebagai 100 peratus produk asli, polisi pemulangan 15-hari, penghantaran percuma dan keistimewaan sebagai ahli jenama.

Anugerah di bawah kategori Shopee Super Aspiring Brand

Para pemenang Super Aspiring Brand menunjukkan prestasi terbaik dalam kategori ini dari segi pertumbuhan jualan tahun ini dengan mencipta keterlibatan berperibadi dengan pembeli Malaysia di Shopee Live dan menggunakan pemasaran Shopee Affiliates.

Mereka juga menyesuaikan produk secara hiperlokal dan pengalaman membeli-belah yang mementingkan pengguna melalui kempen-kempen terbesar Shopee, penghantaran percuma, dan program Coin Cashback.

Super Aspiring Brand - FMCG: SKINTIFIC

Super Aspiring Brand - Fashion: Zoe Arissa Luxe

Super Aspiring Brand - Lifestyle: Touch 'n Go Malaysia

Super Aspiring Brand - Electronics: DREAME

Anugerah di bawah kategori Shopee Super Seller

Anugerah Super Seller dianugerahkan kepada penjual yang mencapai keuntungan kedai tertinggi tahun ini dalam kategori masing-masing dengan mencuba cara pemasaran baharu Shopee 360 Marketing Solutions dan strategi taktikal lain.

Para pemenang ini meningkatkan jenama dan jualan mereka apabila pembeli berpusu-pusu membeli-belah semasa Kempen Terbesar Shopee (Shopee 9.9, 11.11, dan 12.12 Jualan Hari Jadi):

Super Mobile & Smart Devices Seller: Spraygadget

Super Home Appliances Seller: The White Goods

Super Tech & Gaming Seller: Impulse Gaming

Super Fashion Apparel Seller: LAU THING HIM

Super Fashion Shoes Seller: Webee

Super Fashion Accessories Seller: Grimo

Super Beauty Seller: LONKOOM

Super Essentials Seller: Khairul Aming

Super Baby & Kids Seller: Momo House

Super Lifestyle Seller: MUSIC BLISS SDN BHD

Anugerah di bawah Kategori Shopee Super Shopee Celebrities

Anugerah Super Shopee Celebrity dianugerahkan kepada individu yang bukan sahaja telah melancarkan kedai atau produk di Shopee pada tahun lalu, tetapi juga telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam keterlibatan pengguna melalui Shopee Live.

Para pemenang kategori ini menggunakan promosi secara efektif dan berjaya mencapai prestasi jualan yang kukuh, menunjukkan mereka sememangnya bintang dalam ekosistem Shopee.

No Image Caption

Tahun ini, pemenang termasuk Datuk Sri Siti Nurhaliza, Zoey Rahman, Ceddy Ang, Datuk Jovian Mandagie, Nuex Rosli, dan Ainul Aishah, di mana setiap mereka memberi inspirasi kepada usahawan dan pencipta kandungan yang lain dengan dedikasi, inovasi, dan usaha keterlibatan penonton mereka.

Anugerah di bawah kategori Shopee Super Influencer

Mempertengahkan bakat hebat, Anugerah Shopee Super Influencer mengiktiraf pempengaruh yang memacu peningkatan trafik (10 peratus atau lebih) dengan setiap kempen sepanjang tahun, yang memberi kredibiliti kepada penjual tempatan dan jenama dengan isi kandungan berkualiti yang diterima baik rakyat Malaysia.

Individu-individu ini mempunyai ‘postings’ dengan kadar keterlibatan positif yang tinggi dan pertumbuhan pesat pengikut dan kecapaian:

Shopee Super Influencer: Nyokki Ho

Shopee Super Influencer: Fateha

Shopee Super Influencer: Chang Yong

Shopee Super Influencer: Hasha Shah

Shopee Super Influencer: Nurul Najiah Hassan

Shopee Super Influencer: Nurhasuna

Shopee Super Influencer: Afiqchii

Shopee Super Influencer: Toklez

Shopee Super Influencer: Dina Sallehuddin

Shopee Super Influencer: Sarah Mohd Shah

Anugerah di bawah kategori Shopee Super Affiliate

No Image Caption



Shopee Affiliates bangga dapat membina hubungan dengan pelanggan dalam cara yang boleh dipercayai, membawakan cadangan produk dan ‘review’ jujur, dan memacu trafik untuk jenama dan penjual tempatan.

Lima affliate strim langsung diiktiraf atas kejayaan mencapai pesanan, keterlibatan dan ‘likes’, dan jumlah penonton unik strim langsung tertinggi sepanjang tahun.

Tambahan, lima pempengaruh Super Affiliate diiktiraf atas kejayaan mereka menyumbang kepada purata pesanan harian tahun demi tahun.

Shopee Super Affiliate Livestreamer: Norashikin Binti Abd Rashid

Shopee Super Affiliate Livestreamer: Ng Su Ling

Shopee Super Affiliate Livestreamer: Jacklyn Goh Seoh Hooi

Shopee Super Affiliate Livestreamer: Fadzilah Binti Abdul Jalil

Shopee Super Affiliate Livestreamer: Chew Shiau Yin

Shopee Super Affiliate Influencer: Puteri Syarlia Binti Sahfuzzaman

Shopee Super Affiliate Influencer: Norita Binti Omar

Shopee Super Affiliate Influencer: Indriana

Shopee Super Affiliate Influencer: Nurul Iman Binti Abdul Rahim

Shopee Super Affiliate Influencer: Syazwani Binti Md Saad

Penghargaan buat Rakan Penaja

Atas sokongan dan dedikasi rakan penaja yang memainkan peranan penting dalam menguatkan ekosistem Shopee, Anugerah Shopee Super Partner termasuk jenama Carlsberg, INNISFREE, KITSUI, Pernod Ricard, Signature Market, SKINTIFIC, dan Vinda.

Shopee Rai Lokal - Breaking Barriers Online

Para pemenang juga dibawa menonton dokumentari yang julung-julung kali diterbitkan oleh Shopee bertajuk “Shopee Rai Lokal - Breaking Barriers Online”.

Filem ini mempertengahkan temu bual bersama Edward Wong dari HomeDecoStore, Felicia Tan dari Mamami Shoppe, dan Mohd Zaid dari Lampu Cherita. Mereka berkongsi kisah peribadi mereka dalam menembusi halangan, bermula secara kecil-kecilan, dan mencipta kejayaan dalam sentiasa berkembang dalam bidang masing-masing.

Menurut Soh, dengan perkongsian dokumentari itu, pihaknya berharap ia dapat memberi inspirasi kepada yang lain untuk mencapai impian dalam talian mereka.

“Kami mahu memudahkan rakyat Malaysia untuk membeli barangan lokal dengan meraikan penjual terbaik dan menceritakan kisah mereka,” katanya..