Produk tempatan tidak dikenakan cukai 10 peratus

Pengguna di negara ini tidak perlu risau kerana produk tempatan yang dijual dalam talian tidak dikenakan cukai jualan sebanyak 10 peratus. - Foto hiasan 123RF (Gambar kecil: Mohamad Khair Afham)
Pengguna di negara ini tidak perlu risau kerana produk tempatan yang dijual dalam talian tidak dikenakan cukai jualan sebanyak 10 peratus. - Foto hiasan 123RF (Gambar kecil: Mohamad Khair Afham)
A
A
A

SHAH ALAM - Pengguna di negara ini tidak perlu risau kerana produk tempatan yang dijual dalam talian tidak dikenakan cukai jualan sebanyak 10 peratus.

Pensyarah Kanan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Putra Malaysia, Dr Mohamad Khair Afham Muhamad Senan berkata, berkuat kuasa 1 Januari 2024 ini, hanya produk import bernilai rendah iaitu RM500 ke bawah dikenakan cukai sebanyak 10 peratus.

“Cukai cuma dikenakan kepada produk rendah nilai dari luar negara yang dibeli secara dalam talian dan bukan pada barangan keluaran tempatan.

“Jadi pengguna kena buat timbang tara (pilihan bijak) semasa melakukan pembelian dalam talian selepas penguatkuasaan cukai ini bermula 1 Januari nanti kerana kuasa beli di tangan pengguna,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kekeliruan yang wujud ketika ini kerana ada segelintir pengguna menyangka cukai jualan dalam talian sebanyak 10 peratus berkenaan terpakai kepada semua jenis produk berharga RM500 ke bawah.

Ekoran itu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil pada Ahad tampil menjelaskan bahawa cukai jualan 10 peratus bagi pembelian dalam talian yang berkuat kuasa 1 Januari 2024 itu hanya terpakai bagi produk yang diimport bernilai RM500 ke bawah.

Mengulas lanjut, Mohamad Khair Afham menjelaskan, pengguna perlu bijak memilih bagi memperoleh penjimatan bagi setiap pembelian yang dilakukan.

Artikel Berkaitan: