Single's Inferno: Syurga atau neraka mencari jodoh?

Rakaman berlangsung di dua set berbeza iaitu di sebuah pulau tidak berpenghuni terletak di Jawol-myeon, Daerah Ongjin, Incheon.
Rakaman berlangsung di dua set berbeza iaitu di sebuah pulau tidak berpenghuni terletak di Jawol-myeon, Daerah Ongjin, Incheon.
A
A
A

PROGRAM realiti mencari jodoh buat orang bujang paling hangat di Korea ketika ini, Single’s Inferno telah pun memasuki musim ketiga dan disiarkan serentak seluruh dunia melalui Netflix pada 12 Disember lalu.

Rakaman berlangsung di dua set berbeza iaitu di sebuah pulau tidak berpenghuni terletak di Jawol-myeon, Daerah Ongjin, Incheon. Pulau ini berada jauh daripada segala kemudahan dan dipanggil ‘neraka’.

Pihak produksi menjadikan ‘neraka’ sebagai tempat mencari cinta tanpa peserta mengetahui pekerjaan atau umur peserta lain. Mereka yang tiada pasangan akan melalui malam menjerihkan di sini.

Sementara itu, satu-satunya cara melarikan diri dari ‘neraka’ ialah mencari padanan sesuai untuk malam romantis di ‘syurga’ iaitu set penggambaran kedua bertempat di sebuah hotel mewah di Seoul yang selesa buat pasangan peserta mengenali antara satu sama lain.

Di sini, pasangan dapat menikmati kehidupan malam indah dan berpeluang mendedahkan pekerjaan dan umur. Jika bernasib baik, mungkin mereka akan jatuh cinta.

Apabila menonton program ini, Merak Jalanan terasa rendah keyakinan diri (insecure). Mana tidaknya, kesemua 12 peserta bujang terdiri daripada enam lelaki dan enam wanita semuanya cantik-cantik dan kacak-kacak belaka, malahan latar belakang pendidikan dan kerjaya mereka juga luar biasa hebat.

Orang Korea ni memang bijak membuat pemasaran. Drama, filem atau program realiti mereka akan menyelitkan elemen penjagaan badan dan muka seperti sup sarang burung ataupun pupur wajah.

Nampak mudah, tetapi ia sebenarnya promosi produk tempatan. Hebat bukan?

Artikel Berkaitan:

Moralnya, pada zaman sekarang, jodoh tidak akan datang jika hanya duduk berdiam diri walaupun kita mempunyai kehebatan atau pencapaian, orang tidak akan tahu jika tidak diuar-uarkan.

Demi bahagia, kita perlu berusaha dan berkat sabar insan yang dicintai boleh dimiliki.