Kelab Brazil raih tiket final Piala Dunia Kelab

Arias (kanan) menyumbat satu gol ketika membantu Fluminense mengalahkan Al-Ahly 2-0 di Jeddah pada Selasa. - Foto: EPA.
Arias (kanan) menyumbat satu gol ketika membantu Fluminense mengalahkan Al-Ahly 2-0 di Jeddah pada Selasa. - Foto: EPA.
A
A
A

KELAB Brazil, Fluminense meraih tiket ke final Piala Dunia Kelab setelah menewaskan wakil Mesir, Al-Ahly 2-0 dalam aksi separuh akhir di Jeddah awal pagi Selasa.

Dalam perlawanan di Stadium King Abdullah itu, Jhon Arias dan John Kennedy meledak dalam tempoh 20 minit terakhir permainan.

Aksi berlangsung menarik apabila Fluminense tampil agresif mendominasi permainan, namun kerap berdepan serangan balas Al-Ahly.

Pemain sayap Colombia, Arias menjadi duri dalam daging Al-Ahly apabila dua percubaannya dinafikan tiang gol pasukan lawan.

Juara Afrika, Al-Ahly turut buntu apabila melepaskan beberapa peluang terbaik menerusi serangan balas pantas Kahraba dan Percy Tau.

Fluminense akhirnya menemui jaringan selepas bekas pemain pertahanan Real Madrid, Marcelo dikasari dalam kotak penalti lawan.

Arias menyempurnakan sepakan penalti itu menewaskan penjaga gol lawan, Mohamed El Shenawy pada minit ke-71.

“Saya sentiasa mahu melakukan sesuatu yang berbeza. Cuba melakukan yang terbaik sepanjang karier saya,” ujar Marcelo.

Artikel Berkaitan:

Ketika Al-Ahly cuba memburu gol penyamaan, kelekaan mereka membawa padah apabila Kennedy yang masuk dari bangku simpanan mengesahkan kemenangan Fluminense menerusi jaringan pada minit terakhir permainan.