MR D.I.Y. menang anugerah serantau

Ketua Komersial MR D.I.Y. Indonesia, Michael Cohen,(kanan) menerima Anugerah Brand of the Year dari Pengerusi World Branding Forum, Richard Rowles (kiri), di Kensington Palace, London, bagi pihak peruncit tersebut.
Ketua Komersial MR D.I.Y. Indonesia, Michael Cohen,(kanan) menerima Anugerah Brand of the Year dari Pengerusi World Branding Forum, Richard Rowles (kiri), di Kensington Palace, London, bagi pihak peruncit tersebut.
A
A
A

PERUNCIT perkakas rumah serantau, MR. D.I.Y. sekali lagi menjadi pilihan World Branding Award (WBA) untuk kategori Anugerah Jenama Runcit Perkakas Rumah Terbaik di peringkat serantau.

Anugerah itu mengiktiraf kepimpinan jenama MR D.I.Y. di empat pasaran iaitu Malaysia, Thailand, Indonesia dan Filipina.

Ia merupakan World Branding Award keenam untuk MR D.I.Y itu pada tahun 2022 dan 2021, MR D.I.Y. membawa pulang Anugerah Serantau WBA dalam kategori jenama runcit perkakas rumah dan dalam tiga tahun sebelum itu, ia membawa pulang anugerah kebangsaan dalam kategori yang sama.

Enam anugerah berturut-turut itu mengukuhkan kedudukan jenama tersebut sebagai kedai perkakas rumah nombor satu di Asia Tenggara.

Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh berkata, pengiktirafan World Branding Award dalam kategori jenama barangan perkakas rumah yang dipacu oleh pengguna untuk kali keenam bukanlah sesuatu yang mudah.

Menurut Alex Goh, ia memerlukan komitmen yang tinggi untuk menyampaikan nilai luar biasa, perkhidmatan pelanggan cemerlang serta pengalaman menarik dan menyeronokkan secara konsisten untuk pelanggan dan merentasi pelbagai pasaran.

“Anugerah ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa semangat dan dedikasi kakitangan kami di keempat-empat pasaran, rangkaian global rakan kongsi pengeluaran dan logistik kami.

“Seramai 263 juta pelanggan di kesemua pasaran ini yang mengunjungi kedai-kedai kami pada setiap tahun. Matlamat kami adalah untuk memberi impak positif dalam kehidupan komuniti di mana kami beroperasi. Anugerah seperti ini mengingatkan kami terutamanya dalam keadaan yang mencabar, bahawa apa yang kami lakukan setiap hari menghasilkan perbezaan,” tambah Alex Goh.

Artikel Berkaitan:

Alex Goh turut mengucapkan tahniah kepada para penerima anugerah lain di World Branding Awards dan menyatakan bahawa ia merupakan penghormatan besar bagi MR D.I.Y. untuk menerima pengiktirafan tersebut bersama mereka.

MR D.I.Y. telah ditubuhkan di Malaysia pada tahun 2005 sebagai kedai perkakas tradisional.

Jenama tersebut terkenal sebagai kedai DIY kegemaran Asia Tenggara, dengan lebih dari 3,000 cawangan di seluruh rantau ini, dengan sokongan lebih dari 33,000 kakitangan di Malaysia, Thailand, Brunei, Indonesia, Singapura, Filipina, Kemboja, India, Turki, Sepanyol, Vietnam, dan Bangladesh.

Ia merupakan World Branding Award keenam untuk MR D.I.Y pada tahun 2022 dan 2021, MR D.I.Y. membawa pulang Anugerah Serantau WBA dalam kategori jenama runcit perkakas rumah dan dalam tiga tahun sebelum itu, ia membawa pulang anugerah kebangsaan dalam kategori yang sama.

Enam anugerah berturut-turut itu mengukuhkan kedudukan jenama ini sebagai kedai perkakas rumah nombor 1 di Asia Tenggara.

World Branding Awards, yang dianjurkan oleh World Branding Forum, mengadakan edisi ke-16 di Kensington Palace, London, baru-baru ini.

Dengan 1.3 juta pengguna dan 765 jenama dari 66 negara dalam tujuh rantau bersaing dalam edisi 2023-2024, anugerah ini menjadi penanda aras kecemerlangan jenama global.

Anugerah Serantau diberikan kepada jenama yang memegang posisi kepimpinan serentak di beberapa negara dalam satu rantau geografi tertentu berdasarkan penilaian nilai jenama, hasil penyelidikan pasaran pengguna, dan undian atas talian oleh orang awam.

MR D.I.Y. dianugerahkan bersama jenama terkenal lain seperti Spritzer, Munchy’s, Getha, Maybank, Sunway Property, Golden Screen Cinema, Al-Ikhsan Sports, Twisties, Unifi, dan Aeon.