Abu Tariq CEO baharu LHDN

Abu Tariq
Abu Tariq
A
A
A

PUTRAJAYA - Datuk Abu Tariq Jamaluddin diumumkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) yang baharu berkuat kuasa pada Ahad.

Beliau yang sebelum ini memegang jawatan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan) dilantik mengisi kekosongan ditinggalkan bekas CEO, Datuk Seri Dr Mohd Nizom Sairi yang telah tamat kontrak perkhidmatan pada Sabtu.

Abu Tariq memegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian (LLB. Hons) daripada Universiti Malaya, mula berkhidmat di LHDN pada 15 Mac 1995.

Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang percukaian langsung merangkumi perundangan dan pematuhan cukai.

Sebelum menjawat portfolio Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan), beliau juga pernah memegang beberapa jawatan penting di LHDN merangkumi jawatan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar) dan Pengarah Jabatan Undang-Undang.

"Dengan pengalaman luas Abu Tariq ini sudah pastinya akan membolehkan LHDN mencapai visi untuk menjadi pentadbir cukai terunggul selari dengan aspirasi membina Malaysia Madani demi kesejahteraan rakyat," kata lembaga itu menerusi kenyataan pada Isnin.

Ujar LHDN, Mohd Nizom,61, berkhidmat selama 38 tahun di lembaga itu dan telah menyumbang kepada kecemerlangan organisasi ini selama bergelar Hasilian.

Antara sumbangan signifikan beliau adalah memperkenalkan konsep AES (kesedaran, pendidikan and perkhidmatan) bagi memperkasa penyampaian perkhidmatan di LHDN.

Artikel Berkaitan:

Ia bertujuan untuk membina kembali kepercayaan masyarakat terhadap sistem percukaian langsung negara.