Banjir: ATM kaji taktik penyeludup

Azudin memeriksa barisan pada Perbarisan First Responder Op Murni 8 Briged di Kem Pengkalan Chepa di Kota Bharu pada Isnin.
Azudin memeriksa barisan pada Perbarisan First Responder Op Murni 8 Briged di Kem Pengkalan Chepa di Kota Bharu pada Isnin.
A
A
A

KOTA BHARU - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa mengkaji taktik yang digunakan oleh penyeludup di sempadan Malaysia-Thailand khususnya di sepanjang Sungai Golok pada musim Monsun Timur Laut (MTL) ketika ini.

Panglima Briged Kelapan Infantri, Brigadier Jeneral Datuk Azudin Hassan berkata, kebiasaan penyeludup akan mengubah taktik mereka berpandukan kepada pemerhatian yang dilakukan oleh pihaknya.

"Masa banjir, mungkin penyeludup mengubah waktu kerja mereka kepada siang.

Azudin menunjukkan sebahagian daripada aset yang dimiliki ATM.
Azudin menunjukkan sebahagian daripada aset yang dimiliki ATM.

"Oleh itu, ATM berubah-ubah dalam melaksanakan penugasan di sempadan negara," katanya ketika ditemui pemberita selepas Perbarisan First Responder Op Murni 8 Briged di Kem Pengkalan Chepa di sini pada Isnin.

Menurut beliau, sepanjang musim banjir kawasan di sepanjang sempadan negara di bawah tanggungjawab ATM sejauh 85 kilometer berjalan seperti biasa.

Ujarnya, ia melibatkan Sungai Golok dan kawasan jalan darat sepanjang sempadan di Rantau Panjang, Tanah Merah dan Jeli yang melibatkan 11 pos kawalan.

Azudin memberitahu, bagaimanapun tidak semua kawasan tersebut ditenggelami banjir.

Artikel Berkaitan:

Anggota ATM wanita juga memainkan banyak peranan sepanjang MTL.
Anggota ATM wanita juga memainkan banyak peranan sepanjang MTL.

"Biasa banjir di Rantau Panjang dua hari dan kemudian ia akan surut. Jadi penugasan kita tidak terjejas.

"Malah kawasan sempadan sentiasa diperketatkan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Azudin berkata, seramai 4,500 keanggotaan ATM akan digerakkan jika keadaan banjir di Kelantan dan Terengganu menjadi semakin buruk.

ATM sentiasa mengkaji taktik yang digunakan oleh penyeludup di sempadan Malaysia-Thailand khususnya di sepanjang Sungai Golok pada musim MTL ketika ini.
ATM sentiasa mengkaji taktik yang digunakan oleh penyeludup di sempadan Malaysia-Thailand khususnya di sepanjang Sungai Golok pada musim MTL ketika ini.

Tambah beliau, segala aset ATM akan digunakan secara menyeluruh sekiranya keadaan banjir semakin meruncing