Polis tahan 59 warga asing di Jalan Kebun

Empat ejen lelaki warga Indonesia dipercayai menguruskan migran untuk keluar dari Malaysia mengikut jalan yang tidak diwartakan turut ditahan. - Gambar hiasan. Gambar kecil: Mohd Iqbal Ibrahim
Empat ejen lelaki warga Indonesia dipercayai menguruskan migran untuk keluar dari Malaysia mengikut jalan yang tidak diwartakan turut ditahan. - Gambar hiasan. Gambar kecil: Mohd Iqbal Ibrahim
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 59 warga asing termasuk empat ejen ditahan dalam satu serbuan di Jalan Kebun dekat sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, serbuan dilakukan Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) Bukit Aman kira-kira jam 6 petang di sebuah rumah yang dipercayai dijadikan sebagai tempat transit.

"Tangkapan ini melibatkan 53 warga Indonesia termasuk 12 wanita, lima lelaki warga Bangladesh dan seorang lelaki warga Myanmar membabitkan mereka yang berumur dalam lingkungan 20 hingga 56 tahun.

"Tangkapan yang turut membabitkan empat ejen lelaki warga Indonesia itu dipercayai menguruskan migran untuk keluar dari Malaysia mengikut jalan yang tidak diwartakan manakala selebihnya ialah migran yang memerlukan perkhidmatan ejen untuk keluar dari negara,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mohd Iqbal berkata, 55 suspek direman selama 14 hari manakala empat ejen direman 28 hari dengan kes disiasat di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 serta Seksyen 6 (1)(c) dan 15 (1)(c) Akta Imigresen 1959/61.

Beliau berkata, mana-mana pihak yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi pegawai penyiasat Asistan Superintenden Muhammad Abdul Hafiz Sariee menerusi talian 014-8905051.

Artikel Berkaitan: