7 maut, 3 cedera dalam pertempuran di Filipina

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

MANILA - Seorang tentera dan enam disyaki pemberontak terbunuh dalam pertempuran di wilayah Batangas, selatan Manila pada Ahad, kata jurucakap Bahagian Infantri Kedua Tentera Filipina, Hector Estolas.

Pertempuran antara tentera kerajaan dan 14 pemberontak New People's Army (NPA) mula tercetus kira-kira jam 2 pagi waktu tempatan di bandar Balayan dan berlanjutan selama empat jam, lapor Xinhua.

Estolas berkata, tentera melancarkan serangan selepas memperoleh maklumat tentang 'kem sementara NPA di kawasan itu bagi merancang sesuatu'.

Pertempuran mengakibatkan tujuh orang terbunuh, termasuk seorang tentera.

Tiga lagi tentera turut cedera.

"Operasi menjejaki pemberontak NPA yang melarikan diri sedang dijalankan," kata Estolas.

Pemberontak NPA memerangi kerajaan sejak 1969 dan serangan mereka tertumpu di kawasan luar bandar.

Data ketenteraan menunjukkan bahawa NPA kini mempunyai 2,000 anggota, jauh lebih rendah berbanding pada 1980-an. - Bernama

Artikel Berkaitan: