Tekad, semangat PDRM sempena 2020

Abdul Hamid Bador
Abdul Hamid Bador
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menyeru seluruh pasukannya menzahirkan semangat 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada' sempena tahun baru 2020.

Abdul Hamid berkata, ia bukan ungkapan retorik semata-mata, tetapi menjadi salah satu usaha untuk menyelami kehendak dan pengharapan masyarakat terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Seluruh warga pasukan, marilah kita mulakan tahun baru dengan memahat nekad, tekad disertai ikrar dan nawaitu yang ikhlas untuk menjalankan tanggungjawab hisbah kita dalam menegakkan yang makruf dan menyekat yang mungkar," katanya melalui laman sosial Facebooknya.

Beliau berharap kedatangan 2020 membawa semangat dan azam baharu untuk PDRM mempertingkatkan lagi kecemerlangan jati diri dan juga pasukan demi kepentingan masyarakat dan juga negara.

"Sesungguhnya pengalaman yang dilalui sepanjang tahun 2019 akan mematangkan lagi PDRM untuk terus memacu tahun 2020 ke arah lebih cemerlang dan kekal utuh dalam mendepani apa jua bentuk cabaran yang bakal mendatang.

"Di bahu kita terpikul amanah yang amat besar dalam memastikan keharmonian masyarakat dan kedaulatan negara kekal terjamin," katanya.

Abdul Hamid turut mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2020 kepada warga PDRM dan seluruh rakyat Malaysia.

"Doa dan harapan, moga perpaduan dan ikatan ukhuwah yang sedia terjalin antara masyarakat berbilang kaum di negara ini kekal berpanjangan.

Artikel Berkaitan:

"Sama-samalah kita berusaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara aman dan sejahtera," katanya.