KL City, Pahang kongsi mata di Cheras

Pemain KL City, Mohamad Kamal Azizi Mohamad Zabri (kiri) mengasak pergerakan kawalan bola pemain Sri Pahang, Muhamad Baqiuddin Shamsudin pada perlawanan Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam ini.

A
A
A

KUALA LUMPUR (KL) City dan Sri Pahang melabuh saingan Liga Super dengan keputusan seri 0-0 dalam perlawanan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Sabtu.

Tampil dengan misi menebus kekalahan 1-2 di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada 4 Jun lalu, Tok Gajah kendalian Fandi Ahmad bermula garang.

Biarpun begitu The City Boys kendalian Nenad Bacina ternyata lebih ampuh di bahagian pertahanan dalam perlawanan ke-25 kedua-dua pasukan.

Separuh masa kedua, kedua-dua pasukan tampil meningkatkan tekanan, namun masih gagal memecah kebuntuan jaringan menyaksikan kedua-dua pasukan berkongsi mata.

Keputusan itu menyaksikan Sri Pahang mengumpul 45 mata selepas mengharungi 26 perlawanan - 13 menang, enam seri, tujuh tewas.

KL City pula mengumpul 38 mata hasil 10 menang, lapan seri, lapan tewas setelah mengharungi 26 perlawanan.

Artikel Berkaitan: