Hilang selepas bot karam ketika tangkap udang

Mangsa hilang selepas bot dinaiki karam ketika menangkap ikan di Jalan Ekor Kucing, Sungai Muda pagi tadi.
Mangsa hilang selepas bot dinaiki karam ketika menangkap ikan di Jalan Ekor Kucing, Sungai Muda pagi tadi.
A
A
A

KEPALA BATAS - [DIKEMASKINI] Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki karam ketika menangkap udang bersama dua rakannya di Jalan Ekor Kucing, Sungai Muda di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, dalam kejadian 6.30 pagi itu, Muhammad Najmi Mohd Lazim, 22, dikatakan keluar menangkap udang bersama dua rakannya, namun mereka terjatuh ke dalam sungai dalam perjalanan pulang selepas bot fiber dinaiki bocor.

Menurutnya, dua rakan Muhammad Najmi bagaimanapun sempat menyelamatkan diri dalam kejadian terbabit.

"Muhammad Najmi sempat berpaut pada bot, namun gagal untuk menyelamatkan diri kerana tidak pandai berenang. Kedua-dua rakannya sedaya upaya membantu mangsa tetapi gagal kerana tarikan air yang kuat mengakibatkan mangsa ditarik masuk ke dalam sungai tersebut.

"Ketiga-tiga mereka tidak memakai jaket keselamatan," katanya ketika dihubungi tadi.

Beliau berkata, operasi pencarian giat dijalankan bermula jam 10.40 pagi tadi, namun sehingga kini mangsa masih belum ditemui.

Sementara itu, jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian pada jam 8.17 pagi tadi.

Beberapa anggota bomba antaranya dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bertam, Tasek Gelugor, Bandar Perda dan Paya Terubong dikejarkan ke tempat kejadian.

Artikel Berkaitan: