Guna peranti tanpa kelulusan, empat kru bot ditahan

Peranti yang didapati digunakan dalam bot kelas C berkenaan tidak mempunyai kelulusan daripada pihak berkuasa.
Peranti yang didapati digunakan dalam bot kelas C berkenaan tidak mempunyai kelulusan daripada pihak berkuasa.
A
A
A

GEORGE TOWN - Tiga nelayan warga Thailand dan seorang tekong tempatan ditahan kerana didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pemangku Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang, Komander Maritim S Nak Rong berkata, kesemua mereka ditahan ketika berada di atas sebuah bot di kedudukan 5.6 batu nautika barat laut Pulau Betong, di sini.

Menurutnya, bot kelas C tersebut ditahan untuk pemeriksaan pada tengah hari Jumaat.

"Ketika bot peronda menjalankan perintah operasi, kita mengesan sebuah bot nelayan tempatan yang bergerak di posisi tersebut.

"Kita menahan bot itu dan pemeriksaan mendapati terdapat empat kru iaitu tiga warga asing dan seorang warga tempatan.

"Kesemua mereka berusia lingkungan 20 hingga 53 tahun," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Tambah beliau, pihaknya mendapati bot terbabit tidak mempunyai kelulusan penggunaan radas dan peranti di bawah Seksyen 231 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Kesemua kru dan bot dibawa di Jeti Limbongan Batu Maung untuk siasatan lanjut," kata beliau lagi.

Artikel Berkaitan: