Bekas guru abdikan diri dengan melukis

A
A
A

SHAH ALAM - Minatnya yang mendalam dalam dunia lukisan sejak berabad lalu telah menjadi pemangkin buat seorang bekas guru dari Tapah, Perak untuk terus mengabdikan dirinya dalam bidang berkenaan.

Biarpun pendapatan yang diraih menerusi jualan lukisan tidak menjanjikan pulangan lumayan, namun Ismail Ahmad, 62, terus komited dalam menghasilkan karya-karya seninya yang tersendiri.


Antara karya yang dihasilkan di dinding oleh Ismail Ahmad selepas menerima tempahan daripada pelanggannya.
Antara karya yang dihasilkan di dinding oleh Ismail Ahmad selepas menerima tempahan daripada pelanggannya.

Setiap lukisan dihasilkannya itu bukan sahaja berdasarkan permintaan pelanggan namun kebanyakan daripadanya juga merupakan cetusan ilham sendiri bagi memastikan kualiti buat setiap karya miliknya.

Menurut Ismail, dia mula terlibat secara serius dalam bidang lukisan sewaktu melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Seni Lukis pada tahun 1982 dalam bidang Diploma Perguruan Seni Lukis.


Ismail Ahmad giat menjalankan bengkel lukisan bagi berkongsikan pengalamannya bersama peminat seni.
Ismail Ahmad giat menjalankan bengkel lukisan bagi berkongsikan pengalamannya bersama peminat seni.

Bertitik tolak dari situ, dia mendalami beberapa teknik lukisan bagi memantapkan lagi karya dihasilkannya membabitkan kemahiran seperti muralist, painter, batik maker dan canvas maker.

“Selepas tamat pengajian, saya mula mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Kuala Lumpur, pada tahun 1982 dalam bidang seni.

Artikel Berkaitan:


Antara lukisan yang dihasilkan oleh anak didik Ismail Ahmad bagi menyambung legasi peninggalannya selepas ini.
Antara lukisan yang dihasilkan oleh anak didik Ismail Ahmad bagi menyambung legasi peninggalannya selepas ini.

“Sekolah terakhir saya berkhidmat adalah di Sekolah Kebangsaan Cochrane, Kuala Lumpur pada tahun 2018 dan bersara sebagai Penolong Kanan Kokurikulum di sana,” katanya.

Menceritakan lebih lanjut, Ismail berkata, dia juga pernah menyertai beberapa pameran lukisan sebelum ini antaranya seperti Pameran Hari Guru (2016-2018) di Balai Seni Negara dan Pameran Lukisan (2017-2018) di Galeri Shah Alam.


Antara lukisan yang dihasilkan oleh anak didik Ismail Ahmad bagi menyambung legasi peninggalannya selepas ini.
Antara lukisan yang dihasilkan oleh anak didik Ismail Ahmad bagi menyambung legasi peninggalannya selepas ini.

Malah, Ismail memberitahu, dia juga kerap menerima upah bagi menghasilkan lukisan mural di dinding-dinding kosong untuk diindahkan mengikut permintaan pelanggan.


Ismail Ahmad berkongsikan teknik lukisan yang dikuasinga bersam pelajar-pelajar SPM menerusi bengkel yang dianjurkan.
Ismail Ahmad berkongsikan teknik lukisan yang dikuasinga bersam pelajar-pelajar SPM menerusi bengkel yang dianjurkan.

“Selepas bersara, saya lebih aktif dalam dunia lukisan dan turut menjadikan bidang ini sebagai pendapatan sampingan,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail berkata, dia juga terlibat dalam beberapa badan bukan kerajaan (NGO) antaranya seperti Angkatan Pelukis Malaysia dan Persatuan Seni Rupa Malaysia.


Peserta yang mengikuti bengkel dianjurkan oleh Ismail Ahmad tekun mendengar tips dan teknik lukisan yang dikongsikannya.
Peserta yang mengikuti bengkel dianjurkan oleh Ismail Ahmad tekun mendengar tips dan teknik lukisan yang dikongsikannya.

Ismail juga terlibat secara aktif dalam bidang itu dengan menjadi jurulatih Canting Batik Kebangsaan dan pemeriksa subjek Seni Lukis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga kini.


Peserta yang mengikuti bengkel dianjurkan oleh Ismail Ahmad tekun menghasilkan lukisan.
Peserta yang mengikuti bengkel dianjurkan oleh Ismail Ahmad tekun menghasilkan lukisan.

“Saya juga pernah menjadi pemeriksa SPM bagi subjek Seni Visual Kertas 2 bermula tahun 1988 sehingga 2017,” ujar beliau.