'Macam mana nakalnya murid, bukan begitu caranya' - Rita Rudaini

Rita bersama dua cahaya matanya, Airit Rayyan Rizqin, 14, dan Airit Qaqa Arjuna, 12 tahun.
Rita bersama dua cahaya matanya, Airit Rayyan Rizqin, 14, dan Airit Qaqa Arjuna, 12 tahun.
A
A
A

PELAKON Rita Rudaini menyelar tindakan seorang guru besar yang memarahi dan memukul di kepala seorang murid lelaki dipercayai berlaku di sebuah sekolah di Terengganu baru-baru ini.

Menurut Rita, 47, tindakan yang dilakukan guru tersebut hanya akan membuat murid tersebut malu, hilang keyakinan dan semangat serta menjadi dendam di kemudian hari.

"Rata-rata komen mesti nak bandingkan cikgu dulu dan cikgu sekarang. Tak boleh... Pada saya, seorang pendidik takkan memalukan dan menjatuhkan keyakinan seorang murid di khalayak ramai.

"Macam mana nakalnya murid itu, bukan begitu caranya," ulas Rita menerusi Insta Story di akaun Instagram miliknya.

Tambah Rita, cikgu selalunya menjadi idola dan mentor kepada murid-muridnya.

Justeru guru besar terbabit sepatutnya lebih tahu cara untuk menegur atau memberi pengajaran atas kesalahan yang dilakukan.

"Nak tegur atau bagi pengajaran, bukan memalukan seorang budak yang belum matang di khalayak ramai.

Artikel Berkaitan:

Status yang dimuat naik Rita menerusi Insta Story miliknya.
Status yang dimuat naik Rita menerusi Insta Story miliknya.

"Beza kat sini cikgu (adalah) orang yang sudah matang, anak murid yang di lempang itu adalah seorang kanak-kanak," katanya.

Dalam hantaran berbeza, ibu kepada dua cahaya mata itu berpendapat, sekiranya mahu 'mengajar' (merotan), ada cara yang lebih sesuai untuk dilakukan.

"Nak 'mengajar' boleh, bawa pergi bilik guru, siasat, bagi kaunseling, nasihat lebih kurang lepas itu bagi rotas sedas kalau betul melanggar peraturan atau disiplin.

"Boleh sebab itu namanya mengajar. Kalau pukul ikut dan makin hamun ikut suka, budak-budak itu pun jadi keras dan bukan makin elok tapi jadi makin nakal dan keras hati," ujarnya.

Khamis lalu, tular di medoa sosial rakaman berdurasi 41 saat yang memperlihatkan seorang individu dipercayai guru besar memarahi dan memukul kepala seorang murid di sebuah acara di sekolah dan disaksikan ramai.