Seekor lagi sang bedal ditembak mati di Lahad Datu

Seekor lagi buaya berjaya ditembak mati di Kampung Remang, Lahad Datu.
Seekor lagi buaya berjaya ditembak mati di Kampung Remang, Lahad Datu.
A
A
A

LAHAD DATU - Seekor lagi sang bedal berjaya ditembak mati oleh Jabatan Hidupan Liar (JHL) Lahad Datu dalam kejadian di Kampung Remang, di sini pada malam Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, buaya tembaga jantan sepanjang hampir lima meter dan lebar satu meter dikesan berada di belakang rumah penduduk kampung.

Pegawai Hidupan Liar Lahad Datu, Silvester Saimin berkata, buaya itu berjaya ditumpaskan hasil daripada maklumat daripada penduduk kampung tersebut.

Buaya tembaga jantan sepanjang hampir lima meter dan lebar satu meter dikesan berada di belakang rumah penduduk kampung.
Buaya tembaga jantan sepanjang hampir lima meter dan lebar satu meter dikesan berada di belakang rumah penduduk kampung.

"Hasil pemantauan terdapat seekor lagi buaya berada di belakang rumah penduduk dan lapan das tembakan dilepaskan pada jam 10.37 malam.

"Kesemua tembakan telah terkena pada buaya tersebut sebelum bangkainya dibawa ke perumahan JHL untuk dilupuskan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Lapan das tembakan dilepaskan menyebabkan buaya tembaga jantan sepanjang hampir lima meter dan lebar satu meter itu mati.
Lapan das tembakan dilepaskan menyebabkan buaya tembaga jantan sepanjang hampir lima meter dan lebar satu meter itu mati.

Susulan kejayaan itu, Silverter merakamkan penghargaan kepada penduduk kampung yang telah memberikan kerjasama dalam usaha menangani konflik buaya yang selama ini mengganggu ketenteraman dan mengancam keselamatan orang ramai.

Artikel Berkaitan:

Pada Selasa lalu, Sinar Harian melaporkan buaya jantan sepanjang hampir lima meter berjaya ditembak mati pada malam Isnin dalam kejadian di Kampung Desa Bajau, di sini.

Lebar buaya yang berjaya ditembak mati hampir satu meter di Kampung Remang, Lahad Datu.
Lebar buaya yang berjaya ditembak mati hampir satu meter di Kampung Remang, Lahad Datu.

Reptilia dianggarkan seberat 1.2 tan tersebut turut mempunyai saiz panjang yang sama dengan haiwan yang baru ditembak mati itu.

@sinarharianonline

Seekor lagi sang bedal berjaya ditembak mati oleh Jabatan Hidupan Liar (JHL) Lahad Datu dalam kejadian di Kampung Remang, di Tawau pada malam Khamis. Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, buaya tembaga jantan berukuran hampir lima meter dan lebar hampir satu meter dikesan berada di belakang rumah penduduk kampung. Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara. #SinarHarian #SinarTerkini #buaya #lahaddatu

original sound - Sinar Harian