X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 29 Jun 2022

Imbasan 2019: Berita politik

Dr Wee Jeck Seng kembali merampas semula kerusi Parlimen Tanjung Piai. -Foto Sinar Harian SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A

26 JANUARI 2019 - BN pertahan Cameron Highlands, rampas Tanjung Piai

TAHUN 2019 menyaksikan tiga Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen susulan keputusan pembatalan PRU-14 oleh mahkamah atau kematian penyandangnya.

Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi dua daripada tiga PRK tersebut apabila mempertahankan kerusi Parlimen Cameron Highlands dan merampas parlimen Tanjung Piai.

Sementara itu, DAP memenangi kerusi Parlimen Sandakan yang diadakan pada Mei lalu.

Dengan keputusan terbaru itu, kerajaan PH memiliki 138 kerusi Parlimen, BN mempunyai 41 kerusi Parlimen. Selebihnya parti Pas, GPS dan Bebas.

Kesemua ahli parlimen bergambar bersama Dr Mahathir. -Foto Bernama
Kesemua ahli parlimen bergambar bersama Dr Mahathir. -Foto Bernama

12 FEBRUARI 2019 - Tujuh bekas ahli Parlimen UMNO sertai Bersatu

PENGERUSI Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan tujuh bekas Ahli Parlimen UMNO menyertai parti itu.

Mereka ialah Datuk Seri Hamzah Zainudin (Larut), Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (Mersing), Datuk Shabudin Yahaya (Tasik Gelugor), Datuk Mohamad Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam), Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah) dan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsuddin.

Mohamad Hasan
Mohamad Hasan

13 APRIL 2019 - DUN Rantau kekal milik BN, tawan Semenyih

PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) yang juga Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Mohamad Hasan berjaya mempertahankan kerusi Dun Rantau yang dimenanginya sejak tahun 2004 (PRU11) apabila memperoleh 10,397 undi dengan majoriti 4,510 undi.

Selain itu, tahun 2019 menyaksikan BN terus cemerlang di pentas PRK apabila merampas kerusi DUN Semenyih daripada Pakatan Harapan.

Calon BN, Zakaria Hanafi memperoleh 19,780 undi menewaskan calon Pakatan Harapan, Mohammad Aiman Zainali yang mendapat 17,866 undi serta dua calon lain.

Ahmad Faizal Azumu
Ahmad Faizal Azumu

8 NOVEMBER 2019 - Kontroversi video Faizal Azumu kritik DAP

MENTERI Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu terpalit isu kontroversi selepas satu rakaman video beliau mengkrtitik DAP tular di laman sosial pada November lalu.

Video berkenaan dirakamkan sewaktu Faizal menemani calon Pakatan Harapan, Karmaine Sardini ketika berkempen bagi kerusi Parlimen Tanjung Piai.

Dalam video berkenaan Ahmad Faizal yang juga Pengerusi Bersatu Perak dilihat memberitahu penduduk dan mengakui mengenai kepayahannya menjaga kepentingan Melayu dan Islam kerana didakwa tidak sealiran dengan kehendak sekutunya iaitu DAP.

Mohamad Sabu, Salahuddin dan Husam
Mohamad Sabu, Salahuddin dan Husam

7 DISEMBER 2019 - Mat Sabu kekal Presiden Amanah

AHLI Jawatankuasa Pimpinan Nasional Parti Amanah Negara sebulat suara mengekalkan Mohamad Sabu sebagai Presiden parti itu bagi penggal 2019-2022.

Mat Sabu yang juga Menteri Pertahanan berjaya mengekalkan jawatan itu biarpun hanya berada di tangga ketujuh dengan memperoleh 681 undi pada pemilihan pusat awal Disember lalu.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad memperoleh undi paling tinggi apabila memperoleh 786 undi.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!