Klopp hantar 'ubi muda' bertemu Union Saint-Gilloise

Klopp bertanggungjawab kekalahan Liverpool. - Foto AFP
Klopp bertanggungjawab kekalahan Liverpool. - Foto AFP
A
A
A

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp menegaskan dia tidak akan menilai mana-mana pemain mudanya berdasarkan prestasi mereka selepas tewas 2-1 kepada Union Saint Gilloise, pada aksi Liga Europa di Brussels.

Pasukan Klopp dalam perlawanan itu adalah yang termuda dalam sejarah mereka dengan purata umur hanya 21.9 tahun dan enam pemain berumur 20 tahun ke bawah.

Salah seorang pemain berusia 20 tahun iaitu Jarell Quansah, yang sudah membuat 12 penampilan musim ini.

Dia menjaringkan gol penyamaan membatalkan gol dilakukan Mohammed Amoura, namun Cameron Puertas meledak gol kemenangan buat Saint Gilloise.

Klopp bertanggungjawab atas persembahan tersebut dan tidak mahu menghukum pemainnya.

"Saya menggabungkan pasukan sepenuhnya, jadi saya fikir perubahan yang kami lakukan terlalu banyak dan menjejaskan rentak.

“Saya tidak akan pernah menilai pemain selepas perlawanan seperti ini dan berkata, ‘OK, dia jelas tidak cukup bagus’ atau apa sahaja.

“Saya tahu betapa bagusnya mereka kerana saya melihat mereka setiap hari dalam latihan dan malam ini adalah pengalaman penting," katanya.

Artikel Berkaitan:

Klopp juga menegaskan Union berhak untuk menang perlawanan tersebut dengan status pasukan itu sebagai pasukan terbaik di Belgium.

“Sudah tentu sebagai satu pasukan ia bukan penilaian yang adil jika saya katakan sekarang mereka berada di tangga teratas di Belgium.

"Kami pula datang ke sini dengan pemain muda– sama sekali ia sangat sukar – tetapi saya fikir kami mencubanya dan itu OK untuk saya," katanya.