Sultan Johor gembira santuni rakyat pada majlis Jamuan Teh

Sultan Ibrahim berkenaan menghadiri Jamuan Teh Bersama Rakyat Daerah Batu Pahat dan Kluang yang diadakan di Dataran Tasik Kluang pada Khamis.- Foto: Royal Press Office (RPO).
Sultan Ibrahim berkenaan menghadiri Jamuan Teh Bersama Rakyat Daerah Batu Pahat dan Kluang yang diadakan di Dataran Tasik Kluang pada Khamis.- Foto: Royal Press Office (RPO).
A
A
A

KLUANG - Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar terharu dengan sambutan rakyat berbilang bangsa pada Majlis Jamuan Teh yang diadakan di beberapa daerah sejak minggu lalu.

“Saya amat bersyukur dan berbesar hati dapat bertemu dengan rakyat pada Majlis Jamuan Teh yang diadakan di Muar, Mersing, Pontian dan Kluang.

“Sebagaimana sering saya mengingatkan keharmonian yang erat antara Bangsa Johor menjadi tunjang perpaduan di negeri ini,” titah baginda kepada Royal Press Office (RPO) pada Khamis.

Sultan Johor bertitah, baginda juga telah berpesan kepada pembesar dan pemimpin tempatan supaya sentiasa bekerjasama antara satu sama lain termasuk dengan kerajaan.

Sultan Ibrahim mengingatkan keharmonian yang erat antara Bangsa Johor menjadi tunjang perpaduan di negeri ini.- Foto Royal Press Office (RPO).
Sultan Ibrahim mengingatkan keharmonian yang erat antara Bangsa Johor menjadi tunjang perpaduan di negeri ini.- Foto Royal Press Office (RPO).

“Saya tidak akan jauh dari Johor. Bila kucing keluar daripada kawasan, tikus-tikus akan mula berkeliaran. Tempoh lima tahun tidak lama, sekejap sahaja.

“Saya akan sentiasa ada satu mata dan telinga di sini untuk memerhati dan memastikan Johor sentiasa dalam keadaan yang sebaik mungkin,” titah baginda.

Sultan Ibrahim bersyukur dan berbesar hati dapat bertemu dengan rakyat pada Majlis Jamuan Teh yang diadakan di Muar, Mersing, Pontian dan Kluang.- Foto: Royal Press Office (RPO).
Sultan Ibrahim bersyukur dan berbesar hati dapat bertemu dengan rakyat pada Majlis Jamuan Teh yang diadakan di Muar, Mersing, Pontian dan Kluang.- Foto: Royal Press Office (RPO).

Artikel Berkaitan:

Pada Khamis, Sultan Ibrahim berangkat ke Majlis Jamuan Teh Daerah Batu Pahat dan Kluang yang diadakan di Dataran Tasik Kluang.

Walaupun cuaca hujan lebat, namun ia tidak memadamkan kemeriahan jamuan teh yang dihadiri lebih 3,000 rakyat.

Orang ramai turut mengambil peluang bersalaman dan bergambar bersama baginda.