Impian Newcastle berkecai

Reaksi pemain Newcastle selepas tersingkir dari saingan Liga Juara-Juara. - Foto EPA
Reaksi pemain Newcastle selepas tersingkir dari saingan Liga Juara-Juara. - Foto EPA
A
A
A

NEWCASTLE United tersingkir dari saingan Liga Juara-Juara selepas tewas 1-2 kepada AC Milan pada Khamis.

Pasukan itu yang menghadapi masalah kecederaan yang panjang dan keletihan pemain menyaksikan mereka telah tewas tiga perlawanan berturut-turut dalam semua pertandingan.

“Kami memberikan segala-galanya untuk perlawanan itu. Saya tidak boleh meminta apa-apa lagi (dari segi) komitmen dan usaha fizikal pemain.

“Mungkin bukan prestasi teknikal terbaik kami tetapi kami mencipta peluang. Kami sangat kecewa untuk tidak menyudahkannya," kata pengendali Newcastle, Eddie Howe.

Howe terpaksa menamakan 10 pemain yang sama untuk lima perlawanan sebelum ini kerana kekurangan pilihan dan menyebabkan gagal meneruskan rentak cemerlang permulaan kempen Liga Juara-Juara itu.

Selepas seri 0-0 di Milan, Newcastle membelasah PSG 4-1 di tempat sendiri.

Tetapi, mereka hanya berjaya meraih satu mata daripada empat perlawanan terakhir untuk menduduki tangga tercorot kumpulan.

“Nilai skuad, itulah yang mendedahkan kami. Kami tidak mempunyai keupayaan untuk menggunakan skuad yang kami cipta, itu merupakan kekecewaan besar bagi kami," katanya.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, kemenangan Milan ke atas Newcastle itu juga tidak mencukupi untuk pasukan dari Itali mara ke pusingan seterusnya.

Ia kerana kerana keputusan seri 1-1 Paris Saint-Germain di tempat lawan menentang Borussia Dortmund sudah cukup untuk juara Perancis itu mengesahkan tempat kedua dalam Kumpulan F.