X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 08 Julai 2022

Berita pilihan Disember 2019

A
A

1. Ampun tuan puteri, patik fikir patik ni 'puteri yang ditukar' (4,139,313 bacaan)

GURAUAN pelakon dan pengacara, Jihan Muse membalas ciapan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menarik perhatian netizen.

Jihan yang memiliki nama serupa dengan anakanda bongsu baginda iaitu Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah, spontan membalas ciapan dengan kapsyen 'Thanks mama'.

Ciapan pemenang Anugerah Persembahan Komedi Terbaik di Asian Academy Creative Awards (AACA) 2019 itu merujuk kepada satu hantaran baginda bersama Tengku Jihan dengan kapsyen mendoakan agar anakandanya pulih daripada demam.

2. Bina rumah tanpa tingkap (3,901,306 bacaan)

KANGAR - Kelazimannya sesebuah rumah dilengkapi dengan beberapa tingkap yang berperanan sebagai pengudaraan serta pencerahan ruang daripada cahaya matahari, namun sebuah rumah di Taman Koperasi di sini agak unik dan menarik perhatian sesiapa yang memandang kerana ia hanya mempunyai dua pintu tanpa sebarang tingkap.

Sekali pandang persis seperti sebuah gua, namun bagi seorang kontraktor elektrik, Mohamad Hanif Allah Pitchay, 42, beliau mempunyai alasan kuat mengapa rumahnya tidak mempunyai tingkap.

3. Raih tiga pingat emas biarpun tanpa kasut (2,683,219 bacaan)

FILIPINA - Walaupun tidak memiliki kasut sukan dan hanya membalut jari kakinya menggunakan plaster, ia tidak mematahkan semangat seorang atlet Filipina yang telah memenangi tiga pingat emas dalam acara larian.

Kisah ini telah dikongsi oleh Predirick B. Valenzuela di laman Facebook miliknya yang telah memuat naik gambar Rhea Bullos, 11, yang hanya memakai plaster di sekeliling jari dan kakinya.

4. Atlet wushu gembira dalam duka (1,772,759 bacaan)

TIADA kata-kata mampu diungkapkan selain titisan air mata setelah mengetahui insan tersayang meninggal dunia.

Situasi tersebut dialami atlet wushu Sukan SEA 2019 apabila kehilangan ayahnya ketika sedang beraksi cemerlang di gelanggang wushu hingga memperoleh dua pingat emas buat negaranya Indonesia.

5. Gadis 200kg meninggal dunia (816,887 bacaan)

PASIR MAS - Seorang wanita yang menderita akibat berat badan naik mendadak sehingga mencecah 200 kilogram (kg) meninggal dunia di Kampung Gaung, Tendong dekat sini.

Nur Izzati Afiqah Hussein, 29, mengalami keadaan itu dalam tempoh lima bulan ekoran penyakit misteri itu menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 10.50 malam.

Ibu saudaranya, Zainab Hassan, 57, berkata, sebelum 'pergi' Nur Izzati Afiqah mengalami pendarahan luar biasa.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!