HARA Rasuah Busters: KWSP laksana saringan kesihatan mental

 Pengunjung menerima konsultasi daripada kakitangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) selepas menjawab soalan ujian saringan kesihatan mental (DASS) semasa program Hari Anti Rasuah Antarabangsa (HARA) Rasuah Busters 2023, di Kompleks Kumpulan Karangkraf, di sini pada Rabu. Foto Sinar Harian/ Asril Aswandi Shukor.

A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengambil inisiatif menjalankan ujian saringan kesihatan mental (DASS) kepada kakitangan kerajaan atau swasta bagi menilai tahap kesihatan dalam kalangan warga kerja.

Ketua Seksyen Pengurusan Psikologi dan Kaunselingnya, Shaari Man berkata, menerusi ujian tersebut, tahap kesihatan kakitangan daripada segi tekanan, kebimbangan atau kemurungan sepanjang tempoh perkhidmatan dapat dikenal pasti.

“Kita akan ada perasaan serba salah jika berada dalam keadaan tertekan, contohnya apabila perlu melakukan sesuatu perkara, pasti ada rasa tidak selesa.

“Ia sama seperti kegiatan rasuah kerana aktiviti itu sudah semestinya tidak elok.

Ketua Seksyen Pengurusan Psikologi dan Kaunseling KWSP, Shaari Man.
Ketua Seksyen Pengurusan Psikologi dan Kaunseling KWSP, Shaari Man.

"Kalau ada rasa nak terlibat (dengan rasuah), sedaya-upaya perlu elak supaya keluarga dapat rezeki yang halal,” katanya semasa program Hari Anti Rasuah Antarabangsa (HARA) Rasuah Busters 2023, di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini pada Rabu.

Program bermula jam 8.30 pagi sehingga 8.30 malam itu berlangsung selama dua hari sehingga Khamis.

Terdapat pameran daripada rakan-rakan sinergi Rasuah Busters antaranya melibatkan Institut Integriti Malaysia (IIM), SIRIM Berhad (SIRIM), Jabatan Penjara, dan Perbadanan Menteri Besar (MBI).

Artikel Berkaitan: