Gempar buaya muncul di Puteri Harbour

Tangkap layar video Instagram yang tular memaparkan kelibat seekor buaya yang muncul di Puteri Harbour, Iskandar Puteri.
Tangkap layar video Instagram yang tular memaparkan kelibat seekor buaya yang muncul di Puteri Harbour, Iskandar Puteri.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Orang ramai di Puteri Harbour di sini pada Isnin gempar selepas melihat kelibat seekor buaya di kawasan tempat meletak bot.

Seorang pengunjung yang hanya mahu dikenali sebagai Maryam berkata, kemunculan reptilia berkenaan mengejutkan pengunjung yang dilihat timbul dan berlegar-legar di kawasan tersebut.

"Keadaan ini menimbulkan kebimbangan berkaitan keselamatan orang ramai beriadah di situ terutama pada hujung minggu yang menjadi tumpuan awam.

"Kami biasa ke Puteri Harbour pada hujung minggu kerana ia menempatkan taman tema, restoran dan penginapan.

"Namun selepas kemunculan buaya, saya dan ahli keluarga berkenaan terpaksa beriadah di tempat lain kerana tidak mahu menanggung risiko," katanya yang mengakui masih terkejut dengan kejadian itu.

Perkongsian video kemunculan reptilia itu di Instagram yang tular pada Isnin menimbulkan kegemparan dan kebimbangan ramai.

Terdapat pengunjung yang menyatakan pekerja di kawasan berkenaan mendakwa pernah menemukan dua ekor buaya.

Maryam berkata, sekiranya berlaku kejadian tidak diingini, ia akan menjejaskan imej kawasan riadah berkenaan termasuk kedai-kedai yang ada di situ.

Artikel Berkaitan:

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mahupun pihak pengurusan di Puteri Harbour katanya, perlu mengambil tindakan segera apatah lagi kawasan itu turut menempatkan Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan, Aminuddin Jamin berkata, pihaknya ada menerima aduan berkaitan kemunculan reptilia berkenaan.

"Perhilitan ada terima aduan dan tindakan pemantauan berterusan bersama pihak pengurusan kawasan itu masih dijalankan," katanya ketika dihubungi.

@sinarharianonline Orang ramai di Puteri Harbour di Iskandar Puteri pada Isnin gempar selepas melihat kelibat seekor buaya di kawasan tempat meletak bot. Seorang pengunjung yang hanya mahu dikenali sebagai Maryam berkata, kemunculan reptilia berkenaan mengejutkan pengunjung yang dilihat timbul dan berlegar-legar di kawasan tersebut. #SinarHarian#SinarTerkini#buaya#puteriharbour#johor original sound - Sinar Harian