Muka baharu pada mesyuarat Kabinet

Anwar mempengerusikan mesyuarat Kabinet pasca rombakan pada Rabu.
Anwar mempengerusikan mesyuarat Kabinet pasca rombakan pada Rabu.
A
A
A

PUTRAJAYA - Mesyuarat Kabinet yang berlangsung pagi ini menyaksikan kehadiran beberapa muka baharu selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan senarai baharu Jemaah Menteri dan timbalan.

Ia membabitkan Menteri Kewangan II; Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Digital; Gobind Singh Deo, Menteri Perladangan dan Komoditi; Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri Kesihatan; Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Menteri Sumber Manusia; Steven Sim Chee Keong.

Mesyuarat yang dipengerusikan Anwar itu berlangsung jam 9.30 pagi Rabu.

Kesemua menteri dan timbalan menteri yang baharu dilantik memulakan tugas rasmi mereka pada hari ini.

Antara yang terawal hadir ke pejabat adalah Dr Dzulkefly yang mengetik kad perakam waktu digital di lobi KKM sekitar jam 8.15 pagi.

Difahamkan beberapa menteri dan timbalan akan melakukan simbolik sama selepas mesyuarat Kabinet berakhir.

Amir Hamzah (tengah) disambut oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil (kanan) dan Armizan (kiri).
Amir Hamzah (tengah) disambut oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil (kanan) dan Armizan (kiri).

Pada Selasa, Anwar mengumumkan pelantikan lima menteri dan timbalan menteri, termasuk empat muka baharu dan penampilan semula lima bekas menteri dalam rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Artikel Berkaitan:

Bilangan ahli Jemaah Menteri meningkat daripada 28 kepada 31, manakala timbalan menteri meningkat daripada 27 kepada 29.

Dua menteri baharu dari kiri, Amir Hamzah dan Gobind di samping Armizan yang kini menerajui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Dua menteri baharu dari kiri, Amir Hamzah dan Gobind di samping Armizan yang kini menerajui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Ia sekali gus jumlah keseluruhan anggota pentadbiran Kerajaan Perpaduan kini adalah 60 orang.