Sijil cuti sakit dijual RM30 hingga RM50 sekeping

Barangan yang dirampas polis.
Barangan yang dirampas polis.
A
A
A

KAJANG - Seramai enam individu disyaki menjalankan kegiatan menjual sijil cuti sakit palsu ditahan secara berasingan di daerah ini pada Jumaat dan Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, hasil siasatan awal mendapati empat wanita dan dua lelaki itu disyaki telah menjual sijil cuti sakit tersebut dengan harga RM30 hingga rm50 sekeping.

"Kesemua suspek berusia 26 hingga 51 tahun dipercayai aktif sejak setahun lalu dan menawarkan penjualan sijil cuti sakit di sekitar kawasan Kajang," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Mohd Zaid
Mohd Zaid

Mohd Zaid berkata, pihaknya telah merampas sebuah komputer riba, lapan buah telefon bimbit, lima unit pemacu pena, enam buah buku sijil cuti sakit, 171 sijil cuti sakit kerajaan, 70 keping sijil cuti sakit swasta serta 19 resit rasmi klinik.

"Kesemua suspek telah direman sejak Sabtu hingga Isnin, kemudian disambung reman sehingga hari ini (Rabu) bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kegiatan penjualan sijil cuti sakit ini boleh menghubungi talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di talian 03-89114242 atau menghubungi pegawai penyiasat kes Inspektor V M Tanaseelan," katanya.

Artikel Berkaitan: