Komited beri perkhidmatan terbaik jemaah haji

Sebahagian jemaah yang menggunakan perkhidmatan Azzuha bermalam di Mudzalifah.
Sebahagian jemaah yang menggunakan perkhidmatan Azzuha bermalam di Mudzalifah.
A
A
A

Penyedia perkhidmatan haji dan umrah terkenal, Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd (Azzuha) mengambil pendekatan strategik dalam usaha mengukuhkan lagi kedudukannya dalam industri pelancongan di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abdul Malik Abdul Raman berkeyakinan, perancangan yang rapi dan usaha yang berterusan akan memacu perkembangan syarikat yang kini berkembang dan di dikenali di seluruh negara.

Abdul Malik berkata, Azzuha komited dan optimis segala perancangan yang dilaksanakan bertepatan dengan slogan Azzuha ‘Menyantuni Dengan Hati’ akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada bakal jemaah umrah dan haji pada masa akan datang.

Azzuha menganjurkan aktiviti bermanfaat kepada jemaah ketika bermalam di Mudzalifah.
Azzuha menganjurkan aktiviti bermanfaat kepada jemaah ketika bermalam di Mudzalifah.

“Pada musim haji 1445 Hijrah (H) ini, Azzuha telah menyediakan persiapan yang yang rapi dengan menambah baik mutu perkhidmatan yang akan diberikan kepada bakal-bakal haji yang memilih Azzuha sebagai agensi pengelola haji mereka.

“Azzuha kekal komited untuk memberikan keselesaan kepada jemaah haji atau Duyufurrahman yang menggunakan perkhidmatan yang sediakan pada tahun ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Abdul Malik Abdul Rahman, pada musim haji 1445H ini beliau telah membuat persediaan dan persiapan sebaik mungkin dengan menambah baik mutu perkhidmatan berbanding tahun- tahun yang lepas.

Abdul Malik Abdul Rahman (tengah) bersama wakil syarikat Azzuha bergambar bersama lesen PJH yang diterima pada 6 Disember lalu.
Abdul Malik Abdul Rahman (tengah) bersama wakil syarikat Azzuha bergambar bersama lesen PJH yang diterima pada 6 Disember lalu.

Artikel Berkaitan:

“Saya berazam agar bakal-bakal haji yang memilih Azzuha sebagai pengelola haji mereka bakal mendapat menikmati perjalanan ibadah haji yang paling bermakna sepanjang hidup melalui penyediaan perkhidmatan yang optimum bertepatan dengan slogan Azzuha,” katanya.

Azzuha beri perkhidmatan cemerlang

Abdul Malik berkata, Azzuha telah menerima pemarkahan Penilaian Prestasi Perkhidmatan Haji sebanyak 94.06 peratus pada musim 1443H dan bagi musim lepas iaitu 1444H telah meningkat kepada 97.14 peratus.

Azzuha menerima lesen PJH.
Azzuha menerima lesen PJH.

“Penilaian ini sangat penting ini diberikan oleh Lembaga Tabung Haji (TH) yang telah menilai keseluruhan aspek perkhidmatan yang dijalankan termasuklah mengambil kira pandangan daripada para jemaah,” ujar Abdul Malik.

Beliau berkata, berdasarkan pemarkahan tersebut, Azzuha dapat dilihat sebagai sebuah syarikat yang sangat menitikberatkan kelancaran perjalanan ibadah haji para jemaah serta mengambil berat terhadap mereka dari segenap aspek demi memastikan perkhidmatan yang disediakan dapat dinikmati oleh semua.

Pada 6 Disember lalu, Azzuha sekali lagi menerima lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) bagi musim 1445H yang telah disampaikan oleh Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

Penyerahan lesen tersebut diadakan di Menara Tabung Haji, Kuala Lumpur yang telah diterima oleh Abdul Malik.

Majlis Mahabbah Haramain Azzuha (Mamah).
Majlis Mahabbah Haramain Azzuha (Mamah).

“Kejayaan ini adalah kejayaan bersama dan ia merupakan sebuah penghargaan kepada seluruh petugas haji di setiap bahagian yang telah memberi komitmen yang sangat tinggi untuk menyantuni para tetamu Allah,” katanya.

Sementara itu, Abdul Malik berkata, Azzuha mula menerima lesen PJH ini pada 2019. Namun, disebabkan penularan virus covid-19 serta penutupan pintu sempadan negara, pada tahun tersebut Azzuha tidak dapat menghantar jemaah haji.

Bagaimanapun, selepas pintu sempadan dibuka dan seluruh dunia telah menghadapi fasa endemik, pada tahun 2022 Azzuha telah menerima lesen PJH dan dapat menghantar jemaah haji yang sulung di bawah kelolaan Azzuha ke tanah suci.

Tujuh cawangan

Menurut Abdul Malik, Azzuha telah beroperasi hampir 13 tahun dan mempunyai tujuh cawangan dan ibu pejabatnya terletak di Bandar Seri Putra, Bangi, Selangor.

“Azzuha kini mempunyai tujuh cawangan antaranya di Alor Setar dan Padang Serai, Kedah; Kuantan, Pahang; Kota Bharu, Kelantan; Kuala Terengganu, Terengganu dan Masai, Johor.

Jemaah haji bergambar kenangan sebelum melontar Jamrah Aqabah.
Jemaah haji bergambar kenangan sebelum melontar Jamrah Aqabah.

“Kami merancang untuk mengembangkan perniagaan ini di seluruh negara. Kami ingin membantu mereka yang mahu menunaikan ibadat umrah dan haji,” katanya.

Beliau berkata, Azzuha sentiasa melakukan penambahbaikan dalam memastikan operasi syarikat terus cemerlang dan menjadi pilihan utama jemaah umrah dan haji.

“Kami sentiasa menerima pandangan daripada jemaah untuk memantapkan lagi perkhidmatan kami. Setakat ini, mereka memberikan maklum balas yang positif sepanjang lebih 30 hari mereka bersama Azzuha,” kata Abdul Malik.

Beliau berkata, mereka yang berminat dan mahu menggunakan perkhidmatan Azzuha, mereka boleh berkunjung terus ke pejabat cawangan Azzuha yang terdekat atau menghubung terus talian yang disediakan.

“Azzuha juga telah menjayakan Majlis Tautan Kasih Hujjaj Azzuha yang diadakan di Dewan Sutera, Kolej Ibu Zain, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), baru-baru ini.

“Majlis ini telah berjaya mengumpul semula keseluruhan alumni haji Azzuha dengan pelbagai aktiviti yang diadakan termasuklah jamuan makan sebagai tanda penghargaan kepada para alumni haji ini.

“Mereka sentiasa menyokong dan menjadi pendorong kepada Azzuha agar kekal cemerlang dan terbilang dalam menyantuni Duyufurrahman,” katanya.