Suspek pecah masuk pusat jagaan anak yatim diburu

Video tular rakaman CCTV memaparkan suspek memecah masuk sebuah pusat jagaan anak yatim di Taman Desa Pendidikan Keramat, di sini pada Jumaat.
Video tular rakaman CCTV memaparkan suspek memecah masuk sebuah pusat jagaan anak yatim di Taman Desa Pendidikan Keramat, di sini pada Jumaat.
A
A
A

AMPANG - Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai memecah masuk sebuah pusat jagaan anak yatim di Taman Desa Pendidikan Keramat, di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, kejadian itu disedari seorang wanita yang juga pengurus pusat jagaan itu pada jam 5.30 pagi.

"Pengadu berusia 41 tahun itu telah bangun dan mendapati keadaan ruang tamu di bahagian tingkat bawah pusat jagaan anak yatim berselerak.

"Hasil pemeriksaan, pelbagai dokumen diri dan serta sejumlah wang tunai telah hilang, anggaran kerugian RM800," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Video rakaman CCTV memaparkan seorang lelaki sedang mencari barang di dalam rumah berkenaan tular di Facebook.
Video rakaman CCTV memaparkan seorang lelaki sedang mencari barang di dalam rumah berkenaan tular di Facebook.

Beliau berkata, suspek dipercayai masuk ke dalam premis itu melalui pintu kayu di bahagian dapur yang senang dibuka kerana pintu grill besi telah rosak.

"Suspek turut mencuri beg tangan dan dompet. Dia juga menggunakan kunci kereta yang diletakkan di ruang tamu untuk membuka pintu kereta sebelum melarikan sebuah lagi dompet," katanya.

Ujarnya, video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 4.05 minit memaparkan seorang lelaki sedang mencari barang di dalam rumah berkenaan tular di Facebook.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

"Kes disiasat bawah Seksyen 457 Kanun keseksaan dan usaha mengesan suspek masih dijalankan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh tampil atau menghubungi balai polis berhampiran," katanya.